PUBG, Tupperware & Aaron Aziz Antara Alasan Pasangan Ini Bercerai. Ini Respon Aaron Aziz | Pelakon Aaron Aziz mengakui sedih apabila dirinya menjadi antara alasan kes perceraian dalam kalangan pasangan Islam di negara ini.

PUBG, Tupperware & Aaron Aziz Antara Alasan Pasangan Ini Bercerai. Ini Respon Aaron Aziz

Beliau tidak mahu melihat dirinya menjadi punca rumah tangga musnah, sebaliknya berharap pasangan yang bercerai itu dapat berbaik semula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Ya Allah…saya baca ini saya rasa sedih… Abang sama juga dengan suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia… Abang harap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya.

Aaron turut meletakkan tanda pagar ‘jangan kecam abang’, ‘abang tak salah’ dan ‘perkara yang abang tak ingin berlaku’.

Beliau mengulas laporan berita  muka depan akhbar Utusan Malaysia semalam yang memaparkan tajuk ‘PUBG, Tupperware, Aaron Aziz alasan cerai’.

Dalam laporan itu, antara punca remeh kes perceraian adalah isteri suka menghabiskan masa melayan permainan dalam talian PUBG, terlalu meminati pelakon Aaron Aziz dan rumah bersepah dengan produk Tupperware.

Share.

Leave A Reply