13 Pulau/Pantai Menarik Yang Boleh Dilawati di Melaka| Khalifah Media & Networks – Melaka negeri yang penuh dengan kisah lagenda pahlawan melayu, juga di sebut sebagai negari Hang Tuah. Banyak tempat yang penuh sejarah dan menarik untuk kita belajar. Namun, Melaka juga merupakan salah satu negeri yang mempunyai pantai dan pulau yang menarik untuk dilawati. Artikel kali ini kami senarai untuk anda beberapa pantai yang mesti anda lawati jika datang ke sini.
1. Pantai Klebang
Berada tidak jauh dari Bandar Hilir Melaka, Pantai Klebang menarik perhatian ramai tentang landskap di sini yang luas terbentang dan membukit. Sangat sesuai untuk riadah dan berkelah bersama keluarga sambil hirup udara segar. Pantai ini sentiasa ada orang, sama ada masyarakat di sini ataupun pelancong luar yang datang lawat.
Klebang kini telah tukar menjadi tempat utama untuk ambil gambar kerana bentuk pasir yang membukit ala-ala padang pasir di negara arab. Pantai ini juga pernah menjadi tempat untuk shooting drama dan filem.
Sambil santai, jangan lupa dapatkan coconut shake yang jadi menu wajib popular dalam kalangan pengunjung. Sepanjang jalan ke pantai banyak tempat yang menjual menu viral ini.

2. Pantai Puteri
Berada tidak jauh dari pusat bandar, Pantai Puteri menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Melaka. Air laut yang bersih jernih selesa untuk mandi-manda. Pantai yang panjang 2.5 km ini telah dinaik taraf oleh pihak berkuasa dan sedia untuk terima kunjungan orang ramai sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) nanti.
Bukan itu sahaja, jika anda mencari tempat untuk menikmati pemandangan matahari naik dan terbenam maka disini lah tempat yang paling sesuai. Pantai wajib dilawati jika datang bercuti di Kelantan. Pemandangan yang menakjubkan di pantai ini yang sangat menarik.
Antara fasiliti yang ada di sini, resort, hotel, bilik air, surau, tempat parking yang luas dan medan selera.

3. Pantai Pengkalan Balak
Pantai Pengkalan Balak dekat dengan kampung nelayan yang masih aktif lakukan kerja tangkap ikan. Untuk beli hasil tangkapan ikan yang masih segar boleh dapatkan di sana. Keadaan air yang tenang, selamat untuk anda dan keluarga lakukan aktiviti renang. Bukan itu saja, untuk lebih ekstrim anda boleh naik banana boat yang ada di sini. Lagi menarik jika datang dengan kumpulan!
Jangan risau jika datang ke sini, banyak resort dan chalet yang guna konsep yang unik dan menarik untuk anda pilih ikut cita rasa anda. Ini memberi peluang kepada anda untuk rasai pengalaman sebelah malam.
Pantai ini sangat menarik untuk dilawati jika berkunjung ke negeri Melaka.

4. Pulau Besar
Tempat ini salah satu pulau yang popular dengan kisah mistik dan penuh sejarah. Pulau ini telah menjadi pulau perlancongan yang utama di negeri Melaka. Terdapat sebuah resort menarik di pulau yang perlu dilawati. Untuk ke sini anda perlu menaiki bot laju atau feri dari jeti Umbai.
Banyak aktiviti air dan darat yang boleh anda lakukan iaitu island hoping, berkayak, jungle trecking, berbasikal, wall climbing, memanah, camping dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan semua, Pulau Besar pernah menjadi pusat sebar agama islam yang popular di nusantara pada suata ketika dahulu. Untuk belajar banyak lagi kisah dan sejarahnya anda boleh lawati muzium yang ada di Pulau ini.

5. Pantai Padang Kemunting
Padang Kemunting terletak di daerah Masjid Tanah, Melaka. Pantai ini luas dan tenang dari sibuk bandar. Berbeza dengan pantai lain, disini tidak terlalu sesak. Untuk santai bersama keluarga dan sahabat sangat sesuai.
Apa yang menarik di Pantai Padang Kemunting yang perlu dilawati adalah Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting. Di sini mereka kawal dan jaga spesies penyu karah (Hawksbill Turtle) iaitu salah satu spesies penyu yang cantik di dunia. Sesuai namanya, penyu ini ada bentuk mulut hampir sama dengan burung helang.
Banyak lagi yang boleh kita belajar jika ke sini.

6. Pantai Teluk Gong
Destinasi tumpuan bagi kaki pancing. Pantai Teluk Gong terletak dalam kawasan perkampungan tradisional. Pantai yang bersih dan laut yang luas terbentang, aktiviti pancing ikan boleh diadakan di sini. Kalau anda berkesempatan boleh sertai pertandingan memancing yang sering kali di anjurkan setiap tahun.
Sepanjang pantai, banyak gerai jualan yang menjual produk makanan dan minuman tempatan. Fasiliti yang lengkap, tandas, surau, tempat makan, pondok teduh dan tempat parking. Jujur, pantai ini sangat menarik untuk dilawati jika melawat Melaka.

7. Pantai Sungai Tuang
Satu lagi pantai yang tidak ramai yang masih tahu keindahan yang ada disini. Pantai Sungai Tuang berada di daerah Masjid Tanah menjadi pantai yang sesuai untuk riadah bersama keluarga. Di sini juga menjadi port untuk tangkap ikan yang seronok.
Tempat untuk ambil gambar banyak di tepi pantai ini. Makanan pula banyak dijual sepanjang jalan ke pantai. Alatan renang juga ada dijual di sini. Pantai ini sangat menarik untuk dilawati walau pun sekali bila anda datang ke Melaka.

8. Pantai Tanjung Bidara
Pantai yang pernah viral satu ketika dahulu iaitu Pantai Tanjung Bidara. Beberapa tahun lalu, pantai ini pernah viral seluruh Malaysia kerana pemandangan matahari terbenam yang cantik banding tempat lain. Selain itu, pantai ini juga popular dengan tempat untuk ambil dengan cantik dan menarik. Sejak Pantai ini popular, ramai pengunjung yang datang dari luar negeri untuk rasai sendiri pengalaman di pantai.
Pantai Tanjung Bidara sangat menarik untuk dilawati!

Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 pantai menarik di negeri Melaka. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewpulaupantaikmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Pulau Pinang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!