Pulih Ekonomi Negara Melalui Pelan Pemulihan Negara | Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi keluar daripada ‘cengkaman’ COVID-19. Pelan ini dirangka adalah untuk memastikan rakyat dapat kembali ke rutin kehidupan biasa pada akhir tahun ini.

Pulih Ekonomi Negara Melalui Pelan Pemulihan Negara

Terdapat empat fasa yang terkandung di dalam Pelan Pemulihan Negara dengan harapan pelan itu dapat melindungi kehidupan rakyat serta memulihkan ekonomi negara secara lebih progresif.

Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN), Jay Khairil Jeremy, berkata pihaknya percaya kerajaan sudah merangka pelan pemulihan itu sebaik mungkin. Pelan Pemulihan Negara bukan sahaja dapat melindungi rakyat, malah ekonomi negara juga dapat dipulihkan dengan cara yang lebih progresif.

Pulih Ekonomi Negara Melalui Pelan Pemulihan Negara

Strategi itu merangkumi empat fasa bermula bulan ini hingga Disember dan membabitkan pelan peralihan fasa Perintah Kawasan Pergerakan (PKP) secara berperingkat dengan setiap fasa pemulihan berpaksikan data bersandarkan tiga indikator ambang utama.

Tiga petunjuk itu adalah kadar penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes cwjangkitan harian, keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dan kadar vaksinasi, iaitu berdasarkan peratusan populasi yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply