Presiden Rusia Vladimir Putin dilaporkan telah memutuskan untuk memberi lampu hijau terhadap operasi ketenteraan di timur Ukraine.
Jelasnya, beliau telah membuat keputusan untuk menjalankan operasi ketenteraan khas, menurut laporan Fox News menerusi USA Today News.
Tambahnya, analisis telah dilakukan dan membuat kesimpulan bahawa konfrontasi mereka dengan pasukan (Ukraine) ini tidak dapat dielakkan.
Oleh itu, beliau memberi pesanan kepada pihak yang mungkin mahu campur tangan.
Katanya, Rusia akan bertindak balas serta-merta dan anda akan terima akibat yang tidak pernah anda alami sebelum ini dalam sejarah anda.
Laporan tersebut turut menyatakan, letupan kedengaran di Kyiv, Kharkiv, Odessa, Mariupol dan beberapa bandar lain.
Dalam pada itu, harga minyak Brent dilaporkan meningkat kepada 100 dolar setong.
Statement from Biden: “President Putin has chosen a premeditated war that will bring a catastrophic loss of life and human suffering. Russia alone is responsible for the death and destruction this attack will bring … The world will hold Russia accountable.” pic.twitter.com/rOTVPDl71D
— Scott Wong (@scottwongDC) February 24, 2022
Sumber: USA News