Rakam Menyanyi Dlm Bilik Air.Tapi ‘Benda’ Ini Yg Keluar.

| June 15, 2021 | 0 Comments

Rakam Menyanyi Dlm Bilik Air.Tapi ‘Benda’ Ini Yg Keluar. | Anda Suka menyanyi dalam bilir air ketika mandi? lepas tengok video Tiktok yang dirakam ini pasti selepas ini anda teragak agak nak menyanyi dalam bilik air.

Berapa ramai yang ada tabiat suka menyanyi dalam bilik air? Mesti korang pun pernah kena bebel dengan mak jangan menyanyi dalam bilik air kan. Mungkin mereka larang tu ada sebabnya.

Lepas dengar cerita dialami wanita yang mesra disapa Indah ni, mesti korang tak berani dah nak nyanyi dalam bilik air. Video yang diunggah di akaun TikTok @indahsyafyra ini mendapat 407.4 ribu tontonan setakat ini.

Dalam video tersebut, Indah memuatnaik rakaman suaranya yang sedang menyanyi dalam bilik air masa mandi. Awalnya dia cuma rakam untuk dengar balik suaranya menyanyi. Apa yang mengejutkan, suaranya hilang sama sekali tapi ada suara ‘benda’ lain menyanyi bahagian lagu yang sama.

Cuba dengar betul-betul suara dalam video di bawah ni.

@indahsyafyraAku traumaaa nak mandi dalam bilik air aku sendiri😰😰 Scaryyy!! Real dia bagi

♬ original sound – Indhsyfra_

Indah turut berpesan agar warga net mengambil iktibar daripada peristiwa yang dialaminya. Lepas ni jangan nyanyi dalam bilik air dah, takut ada yang sambung.

Sumber Video : Indahsyafyra

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *