Dapat Inspirasi Dari Pekerjaan Sendiri, Pasangan Suami Isteri Beri Nama Anak Pertama Mereka Hypertext Markup Language (HTML) | Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri yang baru sahaja menimang anak pertama mereka memberikan nama yang aneh dan unik kepada bayi kecil dari Filipina itu. Hypertext Markup Language (Bahasa Penanda Hiperteks), HTML merupakan nama yang dipilih untuk bayi mereka itu.

Dapat Inspirasi Dari Pekerjaan Sendiri, Pasangan Suami Isteri Beri Nama Anak Pertama Mereka Hypertext Markup Language (HTML)

Nama yang dipilih itu merupakan kod untuk membina laman sesawang. Bayi dengan nama penuh HTML R. Pascual itu menjadi tular apabila ibu saudaranya sendiri, Sincerely Pascual telah berkongsikan sekeping gambarnya di akaun media sosial miliknya pada 10 Jun lalu.

Apabila dia mendedahkan nama anak saudaranya yang baru lahir itu, netizen menjadi bingung dengan nama yang diberikan kepada bayi kecil itu dan ia menjadi perbualan hangat di paltform media sosial itu. Abangnya mendapat inspirasi untuk memberikan nama itu kepada anaknya daripada pekerjaannya sendiri iaitu pembangun laman sesawang.

Bayi seberat 2.25 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital di Boacue.

Menurut Pascual perkara itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana kebanyakan ahli keluarganya memiliki nama yang aneh. Nama sebenarnya abangnya ialah Macaroni 85 manakala kakak, Spaghetti 88 dan namanya pula, Sincerely Yours 98.

Tambahnya lagi, kakaknya turut memberikan nama yang aneh kepada dua orang anaknya. Dua orang anaknya itu diberikan nama Cheese Pimiento dan Parmesan Cheese dan dipanggil dengan nama timangan, Chippy dan Peewee. Pada masa yang sama, dia juga mempunyai sepupu yang bernama Design and Research.

Ibu bayi berkenaan, Salie Rayo Pascual berkata, beberapa saudaranya yang lain turut gembira dengan pemilihan nama itu.

Sejak dikongsi di Facebook, hantaran yang dibuat mengenai nama bayi itu sudah mendapat 7,700 perkongsian selain 1,600 komen ditinggalkan oleh netizen.

Sumber: Free Malaysia Today

Share.

Leave A Reply