RELA Jalankan Siasatan Dalaman Berkaitan Dakwaan Beberapa Individu Didaftarkan Sebagai Anggota RELA | Baru-baru ini tular di media sosial mengenai beberapa individu yang maklumat peribadi mereka telah didaftarkan sebagai anggota RELA secara automatik.

RELA Jalankan Siasatan Dalaman Berkaitan Dakwaan Beberapa Individu Didaftarkan Sebagai Anggota RELA

Sejurus itu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan penyalahgunaan data peribadi orang lain untuk didaftarkan sebagai anggota jabatan itu secara automatik tanpa kebenaran individu terbabit.

RELA dalam satu kenyataan, hari ini, menegaskan dakwaan yang timbul berhubung penyalahgunaan data peribadi orang untuk didaftarkan sebagai anggota RELA itu adalah tidak benar. Dalam kenyataan berkenaan mengatakan perbuatan itu bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di Seksyen 6(1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Bagaimanapun, RELA memahami kegusaran orang ramai berhubung perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman. Bukan itu sahaja, pihak mereka juga akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengenal pasti tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752) berkuat kuasa.

Menurut kenyataan itu, RELA tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu yang secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu tanpa mendapat kebenaran individu terbabit.

Dalam pada itu, RELA juga dalam usaha melaksanakan program pemutihan keanggotaan di mana anggota yang tidak aktif dan sudah mencapai tempoh lima tahun akan ditamatkan keanggotaan. Walau bagaimanapun, program pemutihan keanggotaan berdasarkan Seksyen 9 Akta ini digantung sementara kerana RELA sedang menumpukan usaha untuk melawan wabak Covid-19.

Manakala bagi anggota yang masih berminat untuk menyambung keanggotaan boleh berbuat demikian dengan memaklumkan secara bertulis kepada Ketua Pengarah RELA.

Menurut kenyataan itu, individu yang mendapati dirinya didaftarkan sebagai anggota RELA dan ingin menamatkan keanggotaan, boleh menghubungi talian 03-88703770 dan e-mel di [email protected] untuk membatalkan keanggotaan.

RELA Jalankan Siasatan Dalaman Berkaitan Dakwaan Beberapa Individu Didaftarkan Sebagai Anggota RELA

RELA Jalankan Siasatan Dalaman Berkaitan Dakwaan Beberapa Individu Didaftarkan Sebagai Anggota RELA

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply