Rakaman Suara Minta Wang Jadi Tular, Seorang Anggota Polis Ditahan | Polis mengesahkan telah membuat satu tangkapan terhadap seorang anggota polis yang dipercayai terlibat dengan rakaman suaranya tular di Twitter berkaitan salah laku pemerasan meminta wang.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, suspek yang ditahan merupakan seorang anggota polis berusia 22 tahun yang bertugas sebagai anggota tugas am di Balai Polis Gombak.
“Siasatan telah dijalankan dan tangkapan juga telah dibuat.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan pemerasan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana – mana dua dari hukuman, jika disabitkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Selasa lalu, lebih kurang 10.40 pagi semasa mangsa bersama bapa mangsa dalam perjalanan ke UIA Gombak telah ditahan oleh anggota polis di Sekatan Jalan Raya di hadapan Sekolah Kebangsaan Gombak Utara, Batu 7, Jalan Gombak, di sini.
“Pemeriksaan lanjut oleh salah seorang anggota polis bertugas mendapati bapa mangsa tidak membawa passport dan hanya menunjukkan gambar passport di dalam telefon bimbit.
“Anggota tersebut dikatakan menerima sejumlah wang bagi melepaskan bapa mangsa daripada mengambil tindakan atas kegagalan menunjukkan passport yang sah,” ujarnya.
Terdahulu, tular beberapa rakaman suara kejadian tersebut apabila telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @Nuratikahrose.
https://twitter.com/Nuratikahrose/status/1458320447729123330?s=20
Ok im back, i was swarmed with work just now. So the police insisted on not wanting to have the brother to come over and bring the passport and docs because duhh he wanted money!! And omg mf took about RM400. Truly an asshole
— Rose (@Nuratikahrose) November 10, 2021
And lagi satu, dah pasaipa polis insist sangat takmau tunggu for the brother to bring over the passport?? Cakap ja la nak duit mf
— Rose (@Nuratikahrose) November 10, 2021
Part 3 of him asking money. Polis siap tunjuk sign duit eh dekat depa ni. Pastu siap suruh selit duit masuk dalam buku passport yang my friend bawa. Tapi tu la typical la kan jenis setengah polis tak kisah makan duit haram pic.twitter.com/HuXNwP0Xtf
— Rose (@Nuratikahrose) November 10, 2021
Omg wtf i dont do the parts right but wtv yall got me rite 😭 for the love of God i cant do the basic 1234 right 🤥😵💫
— Rose (@Nuratikahrose) November 10, 2021
Sumber : Twitter, Inforoadblock