Rakyat Persoal Kos Selenggara Istana Negara RM519 Juta, Ini Penjelasan JKR | Jabatan Kerja Raya (JKR) menjelaskan bahawa kerja-kerja menyelenggara Istana Negara berjumlah RM519 juta adalah merupakan kontrak semasa, iaitu selama tujuh tahun yang akan berakhir pada 30 Jun tahun ini.

JKR berkata demikian mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa rakyat Malaysia bengang dengan tindakan jabatan tersebut membayar RM519 juta kepada sebuah syarikat pemegangan pelaburan bagi pengurusan kemudahan di Istana Negara pada Rabu.

Jelas JKR lagi, kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada Garis Panduan Penyenggaraan Berjadual Bangunan Kerajaan (Versi 2008) yang ditetapkan JKR.

JKR juga menegaskan kerja penyenggaraan ini adalah perlu untuk negara kerana Istana Negara mewakili kedaulatan dan identiti negara.

Meninjau reaksi rakyat Malaysia, rata-rata masih bimbang dan mempertikaikan peruntukan sebanyak itu hanya digunakan untuk selenggara Istana Negara.

Rata-rata mempersoal kos selenggaraan yang begitu tinggi yang sepatutnya boleh digunakan untuk kemudahan lain. Ini apabila RM519 juta boleh digunakan untuk bangunkan universiti, hospital ataupun membaiki sekolah-sekolah usang di Sabah dan Sarawak.

SUMBER : Sinar Harian

Share.

Leave A Reply