Kes saman fitnah Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard kini sedang hangat diperkatakan, malah, pengguna Facebook, Hamka (Kereta Mayat) telah berkongsi pendedahan mengenainya.
Pada awalnya, Johnny Depp telah jatuh cinta kepada Amber Heard ketika berlakon dalam The Rum Diaries pada tahun 2011.
Kemudian, mereka telah melangsungkan perkahwinan di sebuah pulau peribadi yang terletak di Bahamas.
Tiba-tiba, selepas bergelar suami isteri selama 15 bulan, Heard memfailkan tuntutan penceraian kerana wujud perbezaan persefahaman antara mereka berdua.
Selepas empat hari, hakim mengeluarkan arahan penahanan sementara untuk Depp atas dakwaan keganasan rumah tangga.
Kesan daripada itu, Depp tidak mendapat beberapa tawaran kerja, malah, tawaran kerja yang sedang berjalan, ada yang dibatalkan serta merta.
Netizen turut mengecam beliau sebagai seorang kaki pukul isteri dan bermacam lagi.
Selepas tiga tahun, Depp telah memfailkan saman malu dan fitnah terhadap bekas isterinya sebanyak 50 juta USD pada 2019.
Kemudian, Heard telah menunjukan gambar dirinya cedera dipukul namun pihak polis tidak menemui sebarang bukti.
Sebaliknya, Depp mempunyai bukti rakaman audio yang mengandungi rakaman suara Heard.
Malah, plot dramatik pula berlaku, rupa-rupanya Heard seorang kaki pukul.
Menurut Depp, Heard sering memukulnya dan pernah membaling botol ke arah muka Johnny dan menyebabkan jari tengahnya cedera sehingga kelihatan tulangnya.
Malah, Heard juga pernah mencucuh rokok di bahagian pipi bekas suaminya.
Kemudian, Depp mempunyai bukti video panas isterinya yang curang bersama dua selebriti yang terkenal iatu Elon Musk dan juga pelakon James Fraco.
Di mahkamah, audio rakaman perbualannya dengan Heard menunjukkan dengan jelas bahawa bekas isterinya itu mengaku telah memukul muka beliau.
Maka, terbongkarlah segalanya dan akhirnya Depp menang saman ke atas bekas isterinya, Amber Heard.
Malah, beliau turut menerima ganti rugi mencecah lebih RM60 juta (USD 15 juta).
Dalam satu kenyataan, Heard telah menyatakan bahawa dia patah hati dan sangat kecewa dengan keputusan tersebut.
Namun, sesetengah netizen mempertikaikan bagaimana seorang wanita boleh mendera suaminya kerana mengikut logik, lelaki selalunya kuat daripada wanita.
Dalam dunia ini, terdapat pelbagai jenis cerita, ada cerita lelaki lembik kemudian si perempuan pula mengambil kesempatan.
Ada juga cerita, lelaki kuat tetapi takut isteri sehingga membiarkan diri sendiri dipukul.
Malah, ada juga lelaki yang terlalu cintakan si isteri sehingga tidak kisah bila dipukul dan sanggup menjadi mangsa cinta demi setia.
Dan ada juga lelaki yang kuat, memegang prinsip hidup untuk tidak memukul wanita, malah jika isteri memukulnya, dia boleh mengendahkan sahaja.
Seperti kisah Johnny Depp ini, dia didera oleh isterinya, namun tidak pernah menyaman isterinya itu.
Sehinggalah, isterinya sendiri memulakan saman terhadap dirinya.
Akibat cinta yang mendalam terhadap isterinya, selepas tiga tahun, barulah dia mengambil tindakan menyaman semula isterinya.
Sebelum mengakhiri perkongsiannya, pengguna FB, Hamka, turut memberi komen mengenai subang yang dipakai oleh Depp.
“Tertanya juga, apa alasan pakai subang? Kot dia ada ikut ajaran agama pakai subang? Ada siapa yang tahu?,” katanya.
Katanya, dia pernah menonton filem Jackie Chan berjudul “Who Am I” dan terdapat babak akhir di mana Jackie Chan berlawan dengan orang jahat yang sangat handal berkungfu.
Namun, semua kemahiran Jackie Chan dipatahkan dengan mudah oleh orang jahat tadi.
Ternyata, orang jahat itu memakai subang, lalu Jackie menarik subang tersebut sehingga menyebabkan orang jahat itu kalah serta merta.
Tambah menghiburkan, orang jahat itu masih sempat menangis merayu supaya dia tidak menarik subang yang sebelah lagi.
Maka, pengajarannya, kepada lelaki janganlah memakai subang, jika bergaduh dengan isteri.
“Sekali dia tarik subang macam Jackie Chan buat, terus menunduk kalah walaupun handal berkungfu,” selorohnya.
Katanya lagi, haram hukumnya apabila lelaki memakai subang dalam Islam.
“Pengajaran, perempuan tak semuanya betul, jangan pakai subang dan peguam Johnny Depp adalah perempuan, now you know. Woha!,” tulisnya.
Ternyata, pengguna FB ini merupakan seorang penulis dan pernah menulis sedikit kisah mengenai Johnny Depp dan anaknya dalam buku “Kisah Anak Bini” dari bab soalan tersusah dari anak anak.
Sumber: Facebook Hamka (Kereta Mayat)