Pelajar 9 Tahun Akui Menjadi Mangsa Siber Buli. Respon Ibu Pembuli & Guru Buat Ramai Sakit Hati! Seorang pelajar 9 tahun akui menjadi mangsa siber buli dan dipandang enteng oleh gurunya selepas melaporkan perkara tersebut! Baca seterusnya.

Tak dinafikan, kes buli dalam kalangan pelajar di negara kita masih lagi membimbangkan. Tambah pula dengan penggunaan gajet di usia muda, buli secara siber juga dilihatkan semakin menjadi-jadi di media sosial.

Malah sebelum ini sesi pembelajaran diadakan secara atas talian sepenuhnya menyebabkan pelajar di sekolah rendah juga perlu mempunyai telefon mereka sendiri untuk memudahkan lagi pelaksanaan kelas mereka.

Walau bagaimanapun, kesan buruk dari penggunaan telefon pada usia muda telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang mengatakan anak saudaranya yang berusia 9 tahun telah dibuli dalam grup kelas di WhatsApp.

“Balik2 terus nangis kata cikgu marah dia”

Lebih mengeruhkan keadaan apabila pelajar tersebut mengadu kepada guru kelas tapi dia bertindak dengan marah dan mengatakan ianya perkara yang biasa berlaku di kalangan budak-budak.

Disebabkan pelajar tersebut kerap menangis setiap kali balik dari sekolah, ibunya bertindak dengan menghubungi salah seorang ibu kepada rakan sekelasnya yang dipercayai terlibat dengan ‘cyberbully’ itu namun responnya sangatlah mengejutkan…

Difahamkan ahli keluarga pelajar tersebut dalam usaha untuk pindahkan dirinya ke sekolah lain kerana punca buli itu dikatakan kerana rakan sekelasnya tidak mahu berkawan dan mempunyai sifat iri hati.

Sumber: LM

Share.

Leave A Reply