Ramai BANGGA Dan TERHARU Dengan Tindakkan Anggota APM Ini.

| June 16, 2021 | 0 Comments

Ramai BANGGA Dan TERHARU Dengan Tindakkan Anggota APM Ini. | Kuala Lumpur: “Memikirkan kesukaran berkomunikasi dihadapi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) cacat pendengaran dan pertuturan, saya belajar cara menggunakan bahasa isyarat melalui YouTube sejak sebulan lalu,” ujar anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Nurul Syalinda Shamsuddin, 27.

Ternyata inisiatif dilakukannya itu berguna apabila dia mampu menguasai bahasa isyarat dan membantu golongan warga emas dan OKU yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini.

Dia yang ditugaskan di PPV itu sejak 7 Jun lalu, tular di media sosial semalam, apabila turut didapati fasih berbahasa Inggeris ketika membantu lelaki warga asing yang mahu mendapatkan penjelasan berhubung proses vaksinasi di situ.

Lebih menyentuh perasaan apabila Nurul Syalinda sanggup membantu seorang OKU mendaftarkan namanya pada program vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera menggunakan telefon bimbitnya.

Ia sekaligus mengundang rasa terharu nitizen atas kesungguhan Nurul Syalinda untuk membantu OKU itu walaupun berlainan bangsa.

Nurul Syalinda yang dihubungi berkata, dia tidak mengada ada pihak pengurusan di PPV KLCC sempat merakam gambar itu sebelum ia tular di media sosial.

“Apa yang saya lakukan ini adalah tanggungjawab dipikul bagi membantu masyarakat yang mahu mendapatkan vaksin sekaligus melindungi diri dan keluarga dari jangkitan Covid-19.

“Kebetulan pengalaman bekerja dalam bidang insurans sebelum ini membolehkan saya berkomunikasi fasih dalam bahasa Inggeris.

“Lelaki `mat salleh’ berusia 40-an terbabit mahu mendapatkan suntikan vaksin untuk isterinya yang perlu menjalani rawatan cancer (barah) minggu hadapan. Oleh itu saya berusaha memberikan penjelasan berhubung prosedur vaksinasi di Malaysia selain menasihatinya untuk merujuk ke hospital swasta,” katanya.

Menurutnya, dia turut membantu seorang lelaki OKU warga emas yang datang ke PPV KLCC semalam, untuk mendapatkan suntikan tanpa temujanji melalui Mysejahtera.

“Saya menggunakan bahasa isyarat dipelajari untuk memahami masalah dihadapi lelaki berbangsa India itu. Malah saya berusaha mendaftarkan namanya pada program MySejahtera.

“Dia mungkin menyangkakan suntikan itu boleh dilakukan serta merta tanpa panggilan temu janji awal. Saya cuba menyelesaikan masalah dihadapi berikutan dia kekurangan maklumat berhubung kaedah vaksinasi ini,” katanya yang menyertai APM Wilayah Persekutuan sejak Januari lalu.

Menurutnya, pihak APM kemudian melawat kediaman OKU itu semalam dan berusaha untuk membantu lelaki terbabit dan isterinya mendapatkan suntikan vaksin.

“Semua yang saya lakukan ini demi kesejahteraan masyarakat dan memastikan pandemik melanda negara pulih secepat mungkin. Semua rakan setugas APM lain turut melakukan pengorbanan sama,” katanya.

Sementara itu Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab melalui laman Facebook turut melahirkan rasa bangga atas kebolehan, tahap profesional dan semangat ditunjukkan Nurul Syalinda.

Menurutnya, ucapan sama turut dizahirkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) kepadanya serta petugas barisan hadapan yang lain.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *