Lapan Lelaki Dikompaun RM1,500 Gara-gara Berlatih Silat | Seperti yang kita sedia maklum, pada ketika ini negara kita sedang dilanda Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah pun dilaksanakan pada 1 Jun lalu dan dilanjutkan lagi sehingga 28 Jun ini.

Difahamkan, semasa PKP ini semua masyarakat diwajibkan duduk di rumah sahaja tidak dibenarkan keluar melainkan hanya keperluan penting sahaja.

Lapan Lelaki Dikompaun RM1,500 Gara-gara Berlatih Silat

Petaling Jaya: Lapan lelaki yang menjalani latihan silat di sebuah rumah di Bandar Utama di sini, tengah malam tadi dikompaun RM1,500 setiap seorang kerana tidak mematuhi peraturan prosedur operasi standard (SOP).

Dalam pemeriksaan yang dilakukan pada jam 12.10 tengah malam itu, sepasukan polis telah memeriksa kediaman terbabit selepas menerima aduan daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudi Abdul Hamid berkata, ketika pemeriksaan dilakukan terdapat sekumpulan individu sedang menjalani latihan silat.

Beliau mengulas lanjut, mereka didapati tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamaran Negara (MKN) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Polis telah mengeluarkan kompaun kepada setiap individu berusia yang 26 hingga 51 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan diambil mengikut Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

“Masyarakat diminta untuk mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan daripada dikompaun, ditangkap dan seterusnya didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply