Remaja Cuba Bunuh Diri, Tak Tahan Dirogol Bapa Selama 12 Tahun | SALATIGA: Seorang remaja perempuan di Salatiga, Jawa Tengah mengakui dia menjadi mangsa rogol bapanya selama 12 tahun.
Pengakuan itu dibuat ketika remaja perempuan berusia 16 tahun itu cuba membunuh diri di sekolah dalam satu kejadian, baru-baru ini.
Ketika dipujuk oleh para guru, remaja itu memberitahu, dia sudah tidak tahan menjadi tempat untuk bapanya melampiaskan nafsu serakahnya.
Hal itu kemudiannya dimaklumkan kepada ibunya dan dilaporkan kepada polis.
Tidak lama kemudian, bapa remaja perempuan itu ditahan polis dan dia mengakui sudah merogol anaknya sejak 2009.
Lelaki itu memberitahu, dia melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak dua atau tiga kali seminggu, selain memaklumkan isterinya juga mengetahui perkara tersebut.
“Suspek pernah memukul isterinya kerana wanita itu cuba mmendedahkan perbuatannya, selain memberikan duit kepada anaknya supaya merahsiakan jenayah itu,” menurut jurucakap polis.
Sumber: Utusan