Rempuh Pelajar Unisza. Patut Pandu Kereta Laju Rupa2nya Ini Yg Terjadi Sebelum Kejadian.
“Saya mengesyaki ada individu memasuki kereta saya”
Kuala Terengganu: Lelaki yang terbabit dalam kemalangan maut di simpang empat Jalan Kemajuan, Bukit Kecil, di sini, semalam, hingga menyebabkan kematian penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Syakirah Hanan, 25, dikatakan sempat mencuri makanan dan menceroboh masuk kereta milik individu lain sebelum tragedi berlaku.
Suspek memakai kemeja T kuning dikatakan sempat memasuki sebuah kereta model Honda City. Sebelum menghidupkan enjin kenderaan itu dan menikmati makanan sebelum meninggalkan lokasi dengan menaiki kereta Honda Jazz.
Pemilik kereta Honda City, Mohd Hanafi Mamat, 29, berkata. Dia tertinggal kunci di dalam kereta ketika meninggalkan kenderaan berhampiran Wisma Darul Iman pada pagi kelmarin.
“Ketika waktu rehat tengahari, saya kembali semula ke kereta sebelum mendapati kunci kereta tertinggal di dalamnya. Malah wang tunai berjumlah lebih RM200 hilang dari dalam kereta.
“Saya mengesyaki ada individu memasuki kereta saya. Kerana terdapat air minuman dan topi pejabat yang ditinggalkan di dalam kereta saya,” katanya semalam.
Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kereta, dia mendapati seorang individu berbaju kuning masuk dan menghidupkan keretanya.
CURI WANG
“Individu itu kemudian keluar semula dari kereta saya dengan mengambil sejumlah wang tunai milik saya dan makanan richeese yang dicuri (hanya air dan topi yang ditinggalkan),” katanya.
Menurutnya, tidak lama selepas itu, barulah video kemalangan di simpang Jalan Kemajuan, Bukit Kecil, tular. Dan dia menyedari individu berbaju kuning yang mencuri makanan di sebuah pejabat, menghidupkan dan mengambil barang dari dalam keretanya adalah individu sama yang terbabit dalam kemalangan itu.
“Saya tidak pasti apa tujuan individu itu masuk ke dalam kereta saya namun saya bernasib baik kereta saya tidak dibawa lari.
“Saya juga tiada kaitan dengan kemalangan itu namun cuma kehilangan barang peribadi sahaja,” katanya.
Menurutnya, hasil semakan, kereta Honda Jazz yang dipandu lelaki itu bukan kereta curi tetapi kereta milik adiknya.
“Individu terbabit tidak meninggal dan difahamkan mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital,” katanya.
SAKIT MENTAL
Pemandu Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata. Lelaki berusia 32 tahun itu disahkan menghidap Major Depression Disoder (MDD) serta mempunyai rekod rawatan sejak Januari tahun lalu.
Sumber : HM




