Rentas Daerah, Negeri Untuk Beraya Punca 90 Individu Positif Covid-19 | Larangan pulang ke kampung semasa hari raya Aidilfitri yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah bertujuan memastikan tiada peningkatan kes Covid-19 yang mendadak. Namun, terdapat juga sesetengah individu yang berdegil untuk pulang ke kampung dengan pelbagai cara.

Rentas Daerah, Negeri Untuk Beraya Punca 90 Individu Positif Covid-19 |

Kuala Terengganu: Tindakan segelintir individu melakukan rentas daerah dan negeri untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga mereka dengan memberikan pelbagai alasan kepada pihak berkuasa menyebabkan sekurang-kurangnya 90 individu disahkan positif Covid-19 di negeri ini.

Perbuatan itu terbongkar setelah ramai dari ahli keluarga didapati positif Covid-19 di satu lokaliti.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, di daerah Kuala Terengganu, 13 individu melakukan rentas negeri dengan memberi pelbagai alasan menyebabkan 40 ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

Manakala di daerah Hulu Terengganu tindakan sembilan individu rentas negeri menyebabkan 26 ahli keluarga mereka positif Covid-19.

Sementara di Kemaman pula, lapan individu melakukan rentas negeri serta daerah menyebabkan 24 ahli keluarga disahkan positif. Secara keseluruhannya, 90 disahkan positif Covid-19 disebabkan kegagalan 30 individu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengatakan sebuah pasaraya terpaksa ditutup selama 14 hari berikutan 17 pekerja di pasaraya itu disahkan positif Covid-19.

“Mereka ini tentunya bertebar di beberapa daerah, pasti ribuan orang masuk ke pasar raya itu masa nak raya baru ni…cuba bayangkan,” katanya .

Tambahnya, orang larang rentas negeri atau daerah untuk beraya kita buat juga dengan memberi pelbagai alasan, kemudian balik dari zon merah secara senyap-senyap akhirnya satu keluarga positif.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply