Resepi Jagung Susu Cheese Viral

| June 16, 2020 | 0 Comments

Resepi Jagung Susu Cheese Viral | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Semoga anda semua diberikan rezeki yang  melimpah ruah dan kesihatan yang baik. Okay baiklah tanpa membuang masa marilah kita mencuba resepi yang agak viral. Resepi yang saya nak kongsikan adalah Jagung Susu Cheese Viral. Haa, Jagung susu ni pekat lagi manis tau. Rasa macam nak lagi je. Tapi awas ya. Selepas kita makan makanan manis, lepas tu kita detox semula badan kita agar tubuh kita terhindar dari penyakit merbahaya. Resepi ini kebanyakan anak-anak muda menggemari jagung susu cheese ini. Boleh la kita cuba buat dekat rumah bagi anak-anak rasa. Jom kita start.

  1. 300 gm Jagung Manis
  2. 600 ml Air Untuk merebus
  3. 3 Sudu Makan Susu pekat
  4. 20 gm Butter
  5. 50 gm Keju Cheddar di parut

Langkah

Sediakan bahan-bahan

Didihkan air didalam Periuk

Masukkan Jagung,tutup, dan Rebus jagung selama 5 Minit

Setelah 5 Minit,tutup api, kemudian tapis.

Satukan Kedalam bekas/mangkuk, Jagung rebus, butter, dan susu pekat,kacau rata, dan Masukkan sebahagian Keju parut,kacau rata. Hidangkan Jagung Susu Cheese dengan Taburan Keju di atasnya. Hidangkan Hangat.

Tarraaa….. Jagung Susu Cheese Ready to serve. Yummy 🤤🤤🤤

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat 😘😘😘

Kredit : Bella Suka Share

Haa macam mana? Kecur air Liur rasanya. Sedap dan manis tau. Selamat mencuba!

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *