Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

PYONGYANG – Pyongyang meletupkan bahan letupan untuk memusnahkan sebuah resort golf di Gunung Kumgang, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

resort meletup

 

Sebelum ini, resort ini menjadi  simbol keamanan antara Korea Utara dan Korea Selatan.

Gambar-gambar satelit menunjukkan resort pelancongan dinamakan Hotel Haegumgang bernilai AS$75 juta (RM317 juta) itu dimusnahkan pada  hujung minggu lalu.

“Tindakan secara unilateral untuk memusnahkan hotel itu jelas bertentangan dengan matlamat  usaha sama antara dua Korea berdasarkan rasa hormat dan dialog,” kata jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan, Cha Deok-cheol.

Resort  yang dibina di kawasan Pergunungan Berlian pada ketinggian 1,637 meter itu terletak hampir 50 kilometer dari sempadan Korea Selatan.

Pembinaannya merupakan sebahagian daripada inisiatif  persahabatan dengan Korea Utara yang  dinamakan  Dasar Sinar Matahari  pada tahun 1998.

Bekas Presiden Korea Selatan, Kim Dae-jung melaksanakan dasar itu untuk ‘melembutkan’ pendirian  Korea Utara terhadap negaranya menerusi bantuan ekonomi kepada Pyongyang.

Di samping  itu, dasar tersebut turut menggalakkan interaksi dua hala antara dua negara itu.

Sejak dari itu, berpuluh-puluh ribu pelancong Korea Selatan berkunjung ke kawasan pergunungan tersebut.

Mereka digalakkan untuk menggunakan mata wang asing,  namun dilarang daripada berkomunikasi dengan penduduk Korea Utara.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bagaimanapun dalam lawatannya ke resort berkenaan  pada Oktober 2019 mengarahkan Hotel Haegumgang  dimusnahkan dan diganti kerana dianggap  amat mundur.

“Jong-un mengarahkan  semua struktur dan fasiliti tidak cantik  yang dibina oleh Korea Selatan dimusnahkan.

“Serta, diganti dengan kemudahan baharu  lebih moden mengikut acuan Korea Utara,” demikian menurut laporan agensi berita tempatan, KCNA.

Jong-un juga dilaporkan berkata bahawa ia merupakan idea yang salah untuk menganggap Gunung Kumgang sebagai simbol hubungan antara kedua-dua negara.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply