Sejak kebelakangan ini, negara sering dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa kawasan yang rendah dinaiki air hingga berlakunya banjir kilat.

Dalam cuaca yang kurang baik, tular seorang penghantar makanan sanggup meredah banjir demi menghantar makanan kepada pelanggan baru-baru ini.
Menerusi sebuah video tular di platform TikTok yang dimuat naik oleh @echa.cha__ memaparkan kegigihan seorangΒ riderΒ FoodPanda yang masih memenuhi permintaan pelanggan tidak kira dalam apa jua keadaan.
@echa.cha__ada yang kenal kaaa πβ¬ ααα‘ααααΎα – π°πααΈαα·αααΌαααααααΆππ₯Ί – πααΆαααα πααΆααααΈ π°π
Berdasarkan klip rakaman yang berdurasi 12 saat itu memaparkan penghantar makanan terbabit lengkap berpakaian baju hujan meredah air banjir berkenaan.
βTerima kasih abang panda hantar makanan walaupun rumah banjir,β tulisnya di platform tersebut.
Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan terhibur dengan tindakan individu terbabit dalam menghantar pesanan makanan walaupun hujan masih turun sewaktu itu.
Sewaktu artikel ini ditulis, video ini telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan dan lebih 78,600 tanda βSukaβ serta lebih 1,000 komen di media sosial berkenaan.
Terdapat juga segelintir netizen yang menyatakan perasaan risau dengan meninggalkan komen tentang motosikal yang dibawa berlaku sebarang kerosakan setelah meredah dalam air banjir.
Diharapkan semoga semua rider sentiasa dimurahi rezeki dan diberikan kekuatan dan semangat untuk bertugas dalam cuaca yang tidak menentu di Malaysia sekarang.
Sumber : Siakap Keli