Anggota polis berpangkat sarjan mejar kritikal selepas dijumpai terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di kawasan Lumut, semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 5.45 pagi.
Menurut beliau, anggota polis berkenaan bertugas dalam kontinjen Pahang dan sedang dalam tempoh bercuti.
“Mangsa sepatutnya melangsungkan perkahwinannya pada 23 Januari (semalam) di kediaman keluarganya di Ayer Tawar.
“Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Seri Manjung.
“Motif kejadian belum diketahui dan sedang disiasat oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Inspektor N. Ravinthiran di talian 019-6508489 untuk membantu siasatan.
Sumber : Harian Metro
ARTIKEL LAIN YANG MENARIK UNTUK DIBACA
Wanita Larikan Diri Dari Polis Ditemui Terapung Di Sungai Belat
Mayat wanita yang terjun ke Sungai Belat dekat Jeti Tanjung Punai, di sini, ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis ditemukan lemas, 11.36 pagi, hari ini.
Mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemukan terapung oleh unit selam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa terjun.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pada hari kedua kira-kira 8 pagi tadi.
“Pencarian bertumpu kepada rondaan menggunakan bot di sepanjang sungai berkenaan meggunakan tiga buah bot milik Polis Marin dan JBPM.
“Turut memberi bantuan dalam operasi SAR adalah unit K9 JBPM mengunakan dua ekor anjing nama yang diberi naa Pop dan Blade,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke darat untuk siasatan lanjut dan pengecaman oleh anak mangsa mengesahkan identitinya.
Sumber : KMN