Sebatang Bar Keluli Tertusuk Pada Muka Pekerja Pembinaan | Akhbar Daily Star kelmarin melaporkan bahawa seorang pekerja pembinaan di Turkiye hampir menemui ajal selepas sebatang bar keluli tertusuk pada mukanya dan menembusi bahagian dalam wajah sehingga beberapa sentimeter dari otaknya.
Celal Sayar yang berumur 39 tahun, mengalami kemalangan itu apabila dia terjatuh ke atas sebatang bar keluli di sebuah tapak pembinaan, yang kemudian menembusi tulang pipinya hingga ke belakang mata.
Gambar kejadian memaparkan Sayar terbaring dalam keadaan tidak bermaya di atas katil hospital dengan sebatang bar keluli terkeluar dari sebelah kanan mukanya.
Sayar dianggap bertuah kerana masih hidup selepas kecederaan yang mengerikan itu didedahkan menerusi keputusan ujian imbasan X-ray bertarikh 19 November.
Bar keluli itu menembusi tulang pipinya hingga ke belakang rongga mata, iaitu hanya beberapa sentimeter dari otaknya.
Pakar perubatan berjaya mengeluarkan bar keluli itu dari muka Sayar, sebelum dia kemudian dirawat di unit rawatan rapi.
Laporan bagaimanapun tidak menjelaskan keadaan Sayar ketika ini, iaitu sama ada dia sudah dibenarkan keluar hospital.
Menurut satu laporan oleh Perhimpunan Kesihatan dan Keselamatan Kerja Pekerja, seorang pekerja mati setiap empat jam bagi kemalangan melibatkan pekerjaan di Turkiye tahun lalu.
Sumber: Kosmo
Artikel Lain
NGERI! Kanak-kanak Perempuan Tertusuk Batang Besi Dari Tekak Hingga Mulut
NGERI! Kanak-kanak Perempuan Tertusuk Batang Besi Dari Tekak Hingga Mulut | Seorang kanak-kanak perempuan di India terselamat, selepas terbabit kemalangan di tapak bangunan yang menyebabkan batang besi menembusi dari tekak hingga ke mulutnya, baru-baru ini.
Kanak-kanak berusia lapan tahun dikenali sebagai Taiba itu bermain di perkampungan Bhulanpur, di daerah Kheri di Uttar Pradesh, India, apabila dia terjatuh di atas batang besi.
Pakar bedah mengambil masa 35 minit untuk mengeluarkan batang besi berkenaan dari mulutnya dengan berhati-hati.
Besi itu bagaimanapun tidak mengena saraf penting atau saluran darah ke otak mangsa dan dia masih boleh bercakap dalam masa lapan jam.
Menerusi laporan antarabangsa, dia kini sudah berada di rumah dan dijangka pulih sepenuhnya.
Dr Rajkumar Koli, yang mengetuai pembedahan itu berkata, ia adalah kes paling menyedihkan yang (pernah) ditemui dalam kerjayanya.
Ketika kejadian, batang besi itu menembusi rahang bawah budak itu dan keluar dari mulutnya, sebelum kanak-kanak lain berlari untuk mendapatkan bantuan daripada keluarganya.
Mereka memotong sebahagian batang besi itu dan membawa budak itu ke hospital daerah terdekat, terletak 15 kilometer jauhnya di Motipur.
Dr Koli berkata, memandangkan kanak-kanak itu kritikal, beliau dipanggil untuk melakukan pembedahan kecemasan.
Tambahnya, beliau memeriksa nadi pesakit dan memahami bahayanya, memberitahu ibu bapa kanak-kanak itu untuk membawanya ke Kolej Perubatan Lucknow (terletak) kira-kira 140 kilometer jauhnya.
Ujarnya, tetapi ibu bapa tidak berada dalam kedudukan untuk membawa kanak-kanak itu sejauh itu, dan memintanya menjalankan pembedahan.
Katanya, ia adalah situasi yang mencabar kerana kemudahan sinar-X di hospital daerah tidak tersedia selepas jam 5 petang.
Beliau difahamkan kemudian segera memaklumkan kepada pakar bius untuk menggunakan bius setempat dan memulakan pembedahan bagi menyelamatkan saluran darah utama.
Dr Koli menjelaskan bahawa batang itu tersangkut dengan kuat, dan untuk melonggarkan terpaksa membuat potongan satu sentimeter dan menarik batang itu keluar perlahan-lahan. Prosedur itu hanya mengambil masa kira-kira 35 minit.
Doktor kata, lebih bernasib baik batang besi itu tidak tersangkut di salur darah ke otak dan tekak.
Jelasnya lagi, selepas tiga hari, pesakit dibenarkan keluar wad.
Sumber: Harian Metro