Sekat Kemasukan Warga Pakistan, Bangladesh Dan Nepal Ke Thailand | Thailand telah mengeluarkan satu kenyataan dan mengumumkan untuk tidak membenarkan warga asing dari negara Pakistan, Bangladesh serta Nepal dalam usaha untuk mengekang wabak Covid-19 di negara tersebut, baru-baru ini.
Usaha tersebut dilakukan bagi mengekang perjalanan warga-warga asing dari negara berkenaan untuk memasuki negara Thailand selepas usaha mengekang kemasukan warga India ke negara Thailand telah dilakukan terlebih dahulu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Sebelumnya, Thailand telah mendapati terdapat jangkitan dari varian Covid-19 India oleh pelancong dari Pakistan serta ia turut disahkan sendiri oleh Pusat Pentadbiran Stuasi Covid-19 (CCSA) .
CCSA juga telah meminta Kementerian Luar untuk menangguhkan sementara pengeluaran Sijil Masuk (CoE) kepada warga asing yang ingin melakukan perjalanan ke negara Thailand bagi mengekang negara-negara yang mempunyai varian Covid-19 India.
Kerajaan Thailand juga telah menerima cadangan dari CCSA, namun langkah tersebut dikatakan hanya sementara kerana Thailand ingin memastikan usaha mencegah penularan varian dari negara tersebut dapat dikekang dari peringkat akar umbi iaitu sehingga ia berkesan.
Bagaimanapun, Thailand te;ah memberi kebenaran kepada penduduk negara Thailand, diplomat misi serta penduduk tetap yang melakukan perjalanan dari negara terbabit masih dapat kembali ke Thailand mengikut kemahuan mereka.
Thailand sudah mula menangguh pengeluaran CoE kepada warga asing yang ingin melakukan perjalanan dari India ke Thailand sejak 1 Mei ini.
Baru-baru ini, Thailand telah mengesan satu varian Covid-19 negara India melibatkan ibu dan warga tempatan yang tiba dari Pakistan.
Sumber: Bernama