Beberapa hari lalu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dan rakan-rakannya membuat review makanan terhadap perniagaan pencuci mulut yang diusahakan oleh influencer TikTok di kenali sebagai Kieda.

Dalam video tersebut, mereka dilihat menghina bau dan rasa beberapa jenis makanan yang dibeli di Kieda Crepe, malah salah seorang daripadanya menyamakan makanan tersebut seperti bau ‘bontot’.

Video itu telah mendapat kritikan daripada orang ramai yang berpendapat pandangan tersebut akan menjatuhkan perniagaan dan periuk nasi orang lain.

“Nak review makanan tp jenis cheese tak makan, manis x boleh.. baik review jenis2 pasir kucing je,” @Rafie Razali.

“Agak2 la ko bang kalau satu dua tk kena boleh faham lg, kalau dlm byk2 tu satu dua je yg kene mcm tk orite dgn kieda je,” @Ha Recovery.

“Tk manis salah… manis salah.. complicated,” @Matpxh03.

Selepas menerima banyak kritikan dan cemuhan daripada ramai netizen, lelaki yang dikenali Faiz Roslan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok miliknya, dia meminta maaf melalui mesej kepada Kieda atas keterlanjuran tindakan dia dan rakan-rakan.

Saya dah hantar Whatsapp pada Kieda. Saya cuba telefon, tapi gagal juga. Secara peribadinya, saya dan kawan-kawan minta maaf mengenai review makanan yang dikatakan melampau dan tersalah review, baru-baru ini. Saya nak minta maaf sangat sangat.

“Untuk vendor di Kieda Crepe juga kami minta maaf pasal review makanan tersebut. Satu lagi, saya nak mintak maaf pasal kawan saya ada cakap bau makanan tu tidak elok,” ujarnya.

Faiz pula berkata, dia dan rakan-rakan langsung tiada niat untuk menjatuhkan perniagaan pengusaha makanan memandangkan mereka dari bidang berlainan.

Pun begitu, dia akan mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang telah memberi ugutan kepada dia, ahli keluarga rakan-rakan setelah video review tersebut tular.

Rakan wanitanya yang ada di dalam video review itu juga tampil menerangkan bahawa mereka tiada niat untuk bertindak sedemikian. Sebaliknya, ia hanya gurauan sahaja.

“Itu hanya gurauan sahaja, gurauan dengan kawan-kawan. Lagi sekali saya minta maaf,” katanya.

Sumber: Ohmymedia

 

 

Share.

Leave A Reply