Sekurang-kurangnya lima mangsa termasuk dua kanak-kanak terbunuh apabila sebuah bangunan pangsapuri runtuh di hab komersial Ivory Coast di sini malam tadi, menurut Jabatan Bomba.

Sekurang-kurangnya Enam Terbunuh Pangsapuri Runtuh

Penyelamat menggunakan lampu bagi meneruskan kerja mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang malam dengan mengalihkan serpihan konkrit dan mengeluarkan 30 mangsa masih hidup termasuk seorang bayi.

Sekurang-kurangnya 13 mangsa dimasukkan ke hospital dan seorang mangsa yang terselamat, Ladji Doumbia, yang tinggal di tingkat empat, berkata keseluruhan bangunan bergegar dan bergoyang, disusuli bunyi kuat.

Perdana Menteri, Patrick Achi, melawat tapak bencana dan menjanjikan penyiasatan punca keruntuhan, yang berlaku seminggu selepas beberapa orang terbunuh dalam satu lagi runtuhan bangunan di kawasan lain di Abidjan.

Sekurang-kurangnya Enam Terbunuh Pangsapuri Runtuh

Menurutnya, sejumlah pihak bertanggungjawab masih tidak menghormati undang-undang dan terus bertindak sesuka hati sehingga mengakibatkan bencana seperti ini.

Anggota bomba dikerah ke lokasi runtuhan bangunan lima tingkat di Cocody sejurus selepas tengah malam tadi dan berjaya mengeluarkan lima mayat, dengan kerja SAR masih diteruskan.

Sumber: Reuters

Share.

Leave A Reply