“Selama Ni Depan Aku Dia Diam, Tak Banyak Cakap Tapi…” Lelaki Sebak Arwah Abah Selalu Pujinya Depan Staff

| March 1, 2021 | 0 Comments

“Selama Ni Depan Aku Dia Diam, Tak Banyak Cakap Tapi…” Lelaki Sebak Arwah Abah Selalu Pujinya Depan Staff | Insan yang bergelar ayah selalunya sukar untuk memberikan reaksi yang terbaik dihadapan anak-anaknya. Namun begitu, perlakuan tersebut bukanlah satu tanda ianya tidak menyayangi akan anak sendiri. Cuma terkadang kurang pada beberapa perkara.

Akan tetapi, tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Banyak perngorbanan yang mereka lakukan sehingga kita berjaya dalam kehidupan. Sebenarnya mereka juga tetap menyokong apa jua yang kita lakukan.

"Selama Ni Depan Aku Dia Diam, Tak Banyak Cakap Tapi..." Lelaki Sebak Arwah Abah Selalu Puji Depan Staff

Begitu juga dengan kisah Mirul Adzim yang dilaluinya baru-baru ini. Di mana beliau terharu apabila mendapat tahu arwah abahnya memuji hasil kerjanya dalam bidang fotografi secara senyap-senyap dibelakangnya pada staff.

Peribadi abahnya yang dia kurang tahu itu, telah mengundang sebak di hatinya lebih-lebih lagi mengenangkan abahnya yang telah ‘pergi’ buat selamanya. Perkongsian ini beliau telah berkongsi di laman Twitter miliknya.

“Arwah abah aku tak pernah ambil kisah atau puji gambar gambar yang aku ambil. Aku menang pertandingan pun dia diam je. Tapi lepas dia meninggal, masa aku nk ambil barang dekat pejabat dia, tetiba ada staff datang tegur aku

tegur dan bagitahu yang arwah selalu cerita dan pujiΒ  yang anak dia pandai ambil gambar, selalu tunjuk dan cerita gambar yang aku ambik dekat staff dia. Masa tu memag jatuh terus air mata aku, tak dapat tahan dah depan orang.

Siapa sangka selama ni depan aku dia diam, tak banyak cakap tapi dekat belakang dia bangga dengan aku siap cerita dekat kawan kawan. I miss you so much, dad”

Sumber : Mirul Adzim

Tags: , , , , , , , , ,

Category: KELUARGA, SERAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *