Selsema Burung Merebak Pantas, Letak Eropah dan Asia Dalam Langkah ‘Berjaga-Jaga’ | Kebelakangan ini wabak selsema burung dilaporkan semakin runcing di rantau Eropah dan Asia selain Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) memberitahu bahawa wabak ini dilihat merebak dengan cepat sejak akhir-akhir ini.
Menurut laporan The Guardian, penyebaran selesema burung yang sangat patogenik telah meletakkan industri ayam dalam keadaan berjaga-jaga selepas wabak sebelumnya menyebabkan kemusnahan kepada berpuluh juta burung.
Ia juga menarik perhatian ahli epidemiologi kerana virus itu boleh disebarkan kepada manusia. China telah melaporkan 21 jangkitan manusia dengan subtipe H5N6 selesema burung setakat tahun ini, iaitu angka keseluruhan melebihi tahun 2020.
Korea Selatan juga melaporkan bahawa haiwan yang terkena wabak di ladang iaitu sekitar 770,000 ayam di Chungcheongbuk-do telah disembelih menurut laporan daripada pihak berkuasa Korea Selatan.
Jepun juga melaporkan wabak pertama melibatkan wabak pertama adalah pada musim sejuk 2021 di sebuah ladang ayam di timur laut negara itu selepas ia juga telah dijangkiti wabak yang dikenali di sana sebagai H5N8.
Manakala bagi rantau Eropah, Norway melaporkan wabak selesema burung H5N1 di wilayah Rogaland dalam kumpulan 7,000 burung, kata OIE.
Selsema burung ini merupakan wabak yang beredar secara semula jadi di kalangan burung liar, dan apabila mereka berhijrah ke UK dari tanah besar Eropah pada musim sejuk, penyakit itu boleh merebak kepada ayam, itik dan burung tawanan lain.
Pihak kerajaan Belgium dilaporkan telah meletakkan negara itu pada peningkatan risiko selesema burung selain mengarahkan ayam, itik disimpan di dalam rumah selepas varian selesema burung yang sangat patogenik dikenal pasti pada seekor angsa liar berhampiran Antwerp.
Awal bulan ini, zon pencegahan selesema burung telah diisytiharkan di seluruh Great Britain , secara sah menghendaki semua penjaga burung mematuhi langkah biosekuriti yang ketat selepas sekawan ayam ‘dimusnahkan’ berhampiran Dundee di Scotland sebagai tindak balas kepada wabak selesema burung.
Selesema burung dapat menjejaskan manusia (dalam kes yang jarang berlaku) jika individu tersebut menyentuh burung yang dijangkiti, najis atau tempat tidur mereka, ataupun semasa menyediakan ayam yang dijangkiti untuk dimasak.
Sumber: The Guardian