Semakan Status STR Fasa 4 Kini Dibuka Mengikut Bank Penerima | STR atau sumbangan tunai rahmah adalah salah satu program di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dalam hadapi cabaran kos sara hidup.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah umumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin melalui data e-Kasih. Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagih pada 17 Januari dan 5 April 2023. Selain itu, Fasa 3 telah diagih mulai 26 Jun 2023.
Seterusnya, anda juga boleh tengok info terkini yang tepat dari kami di sini.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Dalam usul Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah umum bahawa bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak untuk terima bantuan ini hingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
Semakan Status STR Fasa 4 – Pada 7 November 2023, rakyat Malaysia akan dapat bayaran bantuan STR Fasa 4 sebagai sebahagian dari usaha kerajaan untuk bantu orang ramai dari kesan pandemik. Ini adalah berita baik yang sering dinantikan oleh ramai pihak.
Di bawah konsep Payung Rahmah, Bantuan STR Fasa 4 adalah sebuah program yang ditujukan untuk membantu mereka yang punyai masalah dalam hadapi cabaran kos sara hidup. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Untuk membantu isi rumah yang terjejas akibat pandemik, kerajaan telah umumkan bantuan STR tambahan RM600. Bantuan ini akan diberi melalui data e-Kasih yang mengenal pasti mereka yang layak untuk dapat bantuan ini.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.
PENERIMA BANTUAN STR FASA 4
Penerima Fasa 4 adalah mereka yang menerima Fasa 1, tetapi data mereka telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari, menurut LHDN.
Untuk Penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang layak tetapi tidak menerima bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2, boleh membuat permohonan baharu atau kemaskini. Bayaran akan dibuat pada Fasa 4 untuk mereka. Ini adalah info terkini tentang Sumbangan Tunai Rahmah.
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 TELAH MULA DIKREDITKAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, telah umumkan bahawa pembayaran STR Fasa 4 akan diberi secara berperingkat mulai 7 NOVEMBER 2023.
Penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan secara terus melalui akaun bank mereka seperti biasa. Bagi mereka yang tiada akaun bank atau akaun mereka tidak berfungsi, mereka boleh mendapatkan bayaran STR secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berada di kawasan mereka.
BANTUAN STR FASA 4 : JADUAL, JUMLAH & SEMAKAN STATUS STR
Untuk Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat, jumlah pembayaran yang diberi adalah seperti berikut:
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
SEMAKAN STATUS STR & TARIKH BAYARAN STR FASA 4
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 1 November 2023
- Layari portal rasmi Bantuan Tunai di sini
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci
- Maklumat yang akan terpapar :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
KATEGORI KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN MYSTR
Untuk STR, kategori yang boleh mohon adalah mereka yang tinggal seorang diri, warga emas yang tidak berkahwin dan orang-orang bujang.
Data BKM 2022 menentukan penerima STR Fasa 1. Jika anda belum menerima bantuan ini dan berminat untuk memohon, anda boleh tunggu permohonan baru yang akan dibuka kelak.
MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN STATUS STR FASA 4
Untuk elakkan penyalahgunaan ID MySTR, anda mesti ingat kata laluan dan menjawab soalan keselamatan dengan betul. Anda hanya diberi tiga peluang untuk mencuba. Jika anda gagal, ID MySTR anda akan dikunci selama 24 jam sebelum anda boleh mencuba lagi.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/