Semakan Keputusan Murid Tahun 1 2024/2025. | Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2017 boleh membuat pendaftaran permohonan murid ke tahun 1 sekolah kerajaan untuk tahun 2024-2025.

Semak murid tahun 1

Berikut dikongsikan cara daftar murid tahun 1 secara permohonan online buat panduan semua mereka yang terlibat tidak kira di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah/ Sarawak.

Proses pembelajaran peringkat sekolah rendah akan bermula di Tahun 1 setelah murid tamat PraSekolah. Ianya tamat di tahun 6, seterusnya murid akan memasuki sekolah menengah untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pendaftaran Murid Ke Tahun 1 Tahun 2024/ 2025 Secara Online

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran murid Tahun 1 Sekolah Rendah Kerajaan melibatkan sekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan W.P labuan bagi sesi 2024/2025.

Ibu bapa atau penjaga murid yang melepasi syarat kelayakan boleh membuat permohonan menggunakan sistem aplikasi borang pendaftaran atas talian di Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam atau ringkasnya MOiES KPM (idme.moe.gov.my).

Tarikh Penting Pendaftaran Murid Tahun 1 2024-2025

Borang Pendaftaran Murid ke Tahun 1 sesi 2024 / 2025 akan dibuka secara online bermula dari tarikh berikut :- 2 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023 (Tarikh buka dan tutup) Pemohon adalah dinasihatkan untuk mendaftar permohonan pendaftaran secara online pada tarikh yang dinyatakan bagi membolehkan permohonan kemasukan diproses.

Syarat Kelayakan Daftar Murid Tahun 1 2024/ 2025

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh kelahiran seperti berikut :

Lahir pada 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018

Berikut adalah cara membuat pendaftaran murid ke Tahun 1 Sekolah Kerajaan untuk negeri di Semenanjung Malaysia serta Sabah & Sarawak yang boleh dibuat seperti berikut :-

i) Sekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak Dan WP Labuan Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan sistem aplikasi pendaftaran secara atas talian/ online iaitu di Sistem Pengurusan Identiti (IDME KPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :-  idme.moe.gov.my

Langkah-langkah untuk membuat pendaftaran murid Tahun 1 secara online adalah seperti berikut:-

– Untuk pengguna sedia ada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan (menggunakan id pengguna)
– Untuk pengguna baru IDME KPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA. mengunakan ID pengenalan penjaga.
– Cara daftar dan mendapatkan kata laluan boleh dirujuk di Manual Pengguna.
– Pemohon boleh memulakan pengisian borang permohonan secara online dengan memberikan maklumat yang perlu diisi seperti berikut :-
1- Maklumat prasekolah/ tadika
2- Profil kesihatan
3- Rekod imunisasi kanak-kanak

ii) Langkah Permohonan eDaftar Tahun 1

  • Layari laman IDME KPM Pada paparan utama, klik tab Aplikasi dan pilih Modul Pengurusan AwamKlik
  • Pengurusan Profil dan kemaskini Maklumat Peribadi, Maklumat Pasangan, Maklumat Anak Jagaan dan klik Simpan selepas selesai kemaskini secara lengkap
  • Kemudian klik Permohonan Kemasukan dan klik pada Permohonan Kemasukan Tahun 1
  • Klik Mohon pada nama anak yang dipaparkan
  • Pilih sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal yang didaftarkan.
  • Muat naik dokumen-dokumen mengikut format dan saiz yang ditetapkan.
  • Buat pengesahan permohonan dan klik Cetak Permohonan Borang sokongan perlu dicetak dan dihantar sekali dengan borang permohonan Untuk panduan lebih terperinci, rujuk Manual Pendaftaran Tahun 1

iii) Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan dari pihak sekolah. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat.

Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut :-

  1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  3. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  4. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  5. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  6. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi

Tarikh Semakan Keputusan Murid Tahun 1 Online (2024/2025)

Berikut adalah tarikh rasmi semakan keputusan penempatan murid tahun 1 di seluruh Malaysia yang akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi.
Semua Negeri Di Malaysia

1 Oktober 2023

Rayuan Penempatan: bagi sekolah-sekolah di Malaysia boleh dibuat secara atas talian bermula dari tarikh 1 hingga 30 Oktober 2023

Ibu bapa Penjaga diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak mereka di sekolah yang telah diluluskan mulai 1 hingga 30 Oktober 2023 secara dalam talian

Keputusan Rayuan: boleh dibuat bermula pada tarikh yang akan dikemaskini

Perakuan Penempatan

  • Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online
  • Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar secara fizikal ke sekolah
  • Namun Salinan tersebut perlu dicetak dan disimpan dengan selamat oleh ibu bapa/penjaga untuk kegunaan semasa registration ke sekolah bila diperlukan
  • Ibu bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu menghubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut

Rayuan Penempatan

  • Application rayuan hanya dibuat secara online dalam sistem dan tiada proses rayuan manual
  • Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana Butang rayuan hanya akan diaktifkan selepas proses perakuan ibu bapa/ penjaga dilaksanakan
  • Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu bapa/penjaga dalam sistem yang sama
  • Keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa/penjaga dengan selamat untuk kegunaan semasa registration ke sekolah bila diperlukan

Share.

Leave A Reply