Seniman Berjaya Jual Gambar Tempat Sampah Dengan Harga RM1.05 Juta | Seorang seniman di Amerika Syarikat dilaporkan telah menjual token non-fungible (NFT) iaitu gambar tempat sampah dengan harga AS$252,000 (kira-kira RM1.05 juta).

Seniman Berjaya Jual Gambar Tempat Sampah Dengan Harga RM1.05 Juta

Menurut seniman yang juga merupakan penduduk asli Los Angeles iaitu Robness, 38, dia tidak ingat dari mana gambar itu berasal dan berfikir gambar terbabit dari carian Google.

Gambar bertajuk ’64 galon toter’ itu menggambarkan tempat sampah plastik besar dengan kesan glitching sehingga memberikan penampilan psikedelik.

Menurut seniman tersebut, ia merupakan seni kemarahan dek kerana marah berkaitan beberapa hal.

Jelasnya, dia memuatnaik gambar tersebut sebelum ia dipadam. Mereka ingat dia mengambil gambar dari Home Depot dan melanggar hak cipta.

Katanya lagi, tiba-tiba platform itu memuatnaik semula karyanya namun, komuniti tidak menganggapnya sebagai seni.

Robness juga berkata, ia adalah salah satu dari tiga tempat sampah yang ada di SuperRare dan dia telah menjualnya kepada seorang pengumpul.

Penjual tersebut dikatakan telah menghubunginya kerana ingin tahu lebih banyak mengenai kisah ini dan mereka berbual selama 30 hingga 45 minit serta seluruh kisah yang lucu dan dia tertawa hampir sepanjang waktu.

Ujarnya, selepas itu, pembeli tersebut ingin membelinya, dan dia memberikan harga.

Robness mengatakan dia melakukan pekerjaan sambilan dan tidur dalam kereta di tepi pantai ketika mulai menjelajahi dunia mata wang kripto pada 2014.

Dia secara berperingkat menjadi terpukau dengan teknologi dan mula berjinak dengan NFT serta kini menghasilkan wang yang cukup banyak melalui kaedah itu.

Jelasnya lagi, setiap bulan dia telah memperoleh pendapatan lebih baik daripada menjadi barista.

Difahamkan,  Robness sekarang memperjuangkan ‘seni’ secara digital itu dan sesiapa saja boleh mengambil gambar apa pun serta melakukan apa yang mereka suka.

Dia mengatakan bahawa sesiapa sahaja dibenarkan untuk mencuri, salin dan tiru hasil karnyanya kerana dia tidak peduli.

Sumber: Daily Express

Share.

Leave A Reply