Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat (AS), memberi amaran mengenai tindak balas Barat yang teruk sekiranya Rusia memilih menggunakan senjata kimia dan biologi di Ukraine.

Senjata Kimia, Biologi Mungkin Digunakan Oleh Putin Di Ukraine- Biden

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Dia membelakangkan semuanya. Tuduhan Presiden Rusia, Vladimir Putin, terhadap AS yang memegang senjata kimia dan biologi di Eropah tidak benar.

“Saya memberi jaminan ia tiada, malah mereka mencadangkan Ukraine mempunyai senjata biologi dan kimia di Ukraine.

Katanya, “Ia jelas petanda Rusia sedang mempertimbangkan untuk menggunakan kedua-duanya,”.

Amarannya itu mengulangi kenyataan yang dibuat oleh pentadbirannya awal bulan ini serta negara Barat yang lain.

Hal ini kerana, pegawai Rusia menuduh Ukraine cuba menyembunyikan program senjata kimia yang didakwa disokong AS.

“Sekarang Rusia sudah membuat dakwaan palsu, kita semua harus berwaspada terhadap kemungkinan Rusia menggunakan senjata kimia atau biologi di Ukraine.

Menurut ciapan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki, Rusia mungkin akan menggunakan operasi sulit atau penyamaran untuk melakukannya.

Biden juga mengulangi bahawa tindakan sedemikian akan mendorong tindak balas yang ‘teruk’ tetapi setakat ini tidak dapat ditentukan daripada sekutu Barat.

“Putin tahu akan ada akibat yang teruk kerana barisan NATO bersatu,” katanya tanpa menyatakan tindakan yang akan diambil oleh pakatan itu. – AFP

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply