Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Seorang Anggota Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Meninggal Dunia Kerana Strok Haba | IPOH – Kematian anggota Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta, Konstabel Muhamad Irfan Irham Badrul Hisam, 21, semalam berpunca akibat strok haba.

strok haba

Mangsa Rebah Sebelum Diserang Sawan

Komandan PLPGA Ulu Kinta, Superintenden Mohammad Hafiz Kadir berkata, keputusan itu berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 8 pagi tadi.

“Bedah siasat telah pun selesai sekitar pukul 11.30 pagi. Jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kem PGA Briged Utara untuk dimandi dan dikafankan.

“Jenazah kemudian akan dibawa pulang ke kampung halaman di Felda Keratong Satu, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang untuk pengebumian,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Muhamad Irfan dilaporkan meninggal dunia selepas rebah sebelum diserang sawan dan meracau ketika sedang mengikuti kursus asas Pasukan PGA Siri 1/2023.

Difahamkan, Muhamad Irfan daripada Cawangan Kompeni Demo PLPGA itu baharu sahaja tiga hari melapor diri sebagai peserta kursus tersebut pada Ahad lalu.

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Pegawai Bomba Kena Renjatan Elektrik Semasa Padam Api Kebakaran

Seorang Pegawai Bomba Kena Renjatan Elektrik Semasa Padam Api Kebakaran  | Kota Kinabalu: Dua lelaki termasuk pegawai bomba terkena renjatan elektrik dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah dan bengkel di Sembulan Tengah, di sini, kelmarin.

renjatan elektrik

Seorang Lagi Lelaki Kena Renjatan

Mangsa, Mohd Ralie Abdul Manap yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bersama seorang lagi lelaki dilaporkan terkena renjatan ketika operasi memadam kebakaran dijalankan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Hamsa Isnurdini berkata, kedua-dua mangsa diberikan rawatan oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa terkena renjatan elektrik ketika menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

“Seorang lagi lelaki dewasa yang turut berada di lokasi kejadian turut terkena renjatan,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.

Beliau berkata, kebakaran jam 12.38 tengah hari itu membabitkan sebuah rumah dua tingkat dan bengkel membaiki kenderaan.

Rumah Dua Tingkat Dan Bengkel Musnah

“Sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian, sepasukan pegawai dari BBP Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi memadam.

“Operasi turut mendapat bantuan daripada BBP Lintas dan BBP Penampang,” katanya.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal pada jam 1.22 tengah hari namun rumah dua tingkat jenis separuh kekal dan bengkel di tingkat bawah musnah sepenuhnya.

“Turut terjejas lima kenderaan milik penghuni selepas terkena api,” katanya.

Sumber : KMN

 

 

BACA JUGA :

Lelaki Cuba Selamatkan Kawan Dari Tergelincir Bertukar Tragedi Apabila Ditemui Lemas

Lelaki Cuba Selamatkan Kawan Dari Tergelincir Bertukar Tragedi Apabila Ditemui Lemas | Kulim: Niat murni seorang lelaki untuk menyelamatkan rakannya yang tergelincir ketika sedang mandi di pusat peranginan Sungai Sedim, Sungai Kob berakhir tragedi apabila dia ditemukan lemas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, mangsa dikatakan sedang mandi bersama tiga rakannya di air terjun berkenaan.

Beliau berkata, kaunter aduan Balai Polis Sungai Kob menerima panggilan pada 2.20 petang memaklumkan terdapat seorang lelaki ditemui lemas.

Katanya, hasil temubual rakan mangsa memaklumkan, mangsa bersama tiga rakannya pergi ke Pusat Rekreasi Lata Sungai Sedim Sungai Kob itu pada 2 tengah hari untuk mandi.

“Sebaik tiba didapati ramai orang mandi di kawasan itu menyebabkan mereka pergi mandi di kawasan sungai Lubuk Buluh Lata Sedim yang mempunyai arus sangat deras.

“Ketika mandi, salah seorang rakan tergelincir dan mangsa cuba menyelamatkan rakannya tetapi mangsa dibawa arus deras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Redzuan berkata, orang ramai di situ turut membantu dalam mencari dan menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata, mangsa berjaya ditemui tenggelam ke dasar sungai, namun selepas dinaikkan didapati sudah meninggal dunia.

“Pemeriksaan mayat di tempat kejadian dapati tiada sebarang kecederaan dan tiada sebarang unsur-unsur jenayah dapat dikaitkan dengan kematian mangsa,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki berusia 24 tahun ditemukan lemas ketika sedang mandi di Pusat Rekreasi Air Puteh, Junjong, di sini hari ini.

Mohd Redzuan berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menerima panggilan MERS 999 pada 2.43 petang memaklumkan rakannya mati lemas.

Beliau berkata, hasil temubual saksi memaklumkan mangsa tiba di pusat peranginan pada 2.10 petang.

“Pemeriksaan mayat di tempat kejadian dapati tiada sebarang kecederaan dan unsur jenayah.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply