Seorang Ibu Maut Gara² Minum Air Sebanyak 1.8 Liter. |INDIANA: Tiada siapa sangka, minum air sebanyak 1.8 liter dalam masa 20 minit menjadi penyebab seorang ibu kepada dua anak di sini, maut.
Memetik laporan portal berita dailymail.co.uk, Ashley Summers, 35, meninggal dunia kerana mengalami ketoksikan air dalam badannya.
Pada mula, wanita itu berasa pening dan sakit kepala kerana dehidrasi, namun tiada sukatan air tepat yang boleh melempiaskan dahaganya.
Untuk itu, dia mula minum empat botol air untuk menghilangkan rasa hausnya.
Setibanya di rumah, dia tiba-tiba rebah di garaj kerana otaknya mengalami bengkak yang teruk. Selepas itu, dia tidak pernah sedarkan diri.
Alami hyponatremia
Di hospital, doktor yang mendiagnosis keadaannya merumuskan dia mengalami ketoksikan air atau istilah lain dipanggil hyponatremia.
Keadaan itu berlaku kerana seseorang itu minum terlalu banyak air selain tidak cukup sodium dalam badan.
Menurut abang kepada Summers, Devon Miller yang mendengar keadaan adiknya seakan tidak percaya.
“Ia adalah satu kejutan besar kepada kami semua. Biar betul disebabkan ini?.
“Dia hanya berasa seperti dia tidak mendapat air yang mencukupi. Apabila dia meninggalkan bar selepas bot berlayar, dia minum empat botor air dalam masa 20 minit,” katanya.
Keluarga Summers bercuti ke Tasik Freeman iaitu sebuah destinasi musim panas popular yang terletak kira-kira 128.7 kilometer (km) dekat utara Indianapolis, dalam lawatan bot percutian hujung minggu selama empat hari bermula 1 Julai lalu.
Menurut Miller, adiknya memang ‘suka berada di atas air’.
Pada pagi Selasa, keluarganya memberitahu Summers mengalami dehidrasi dan tidak minum air mencukupi untuk menghilangkan dahaga.
Pada petang hari sama, Miller mendapat panggilan yang membimbangkan mengenai keadaan adiknya daripada adik-beradik yang lain.
Summers dikatakan rebah di garajnya dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Kesihatan Arnett untuk menerima rawatan lanjut.
Otak jadi bengkak
Dia menceritakan, kakaknya, Holly ada menelefonnya dan memberitahu keadaan Summers sangat teruk sambil menambah “Ashley berada di hospital kerana otaknya bengkak dan mereka tidak tahu apa puncanya. Mereka tidak tahu apa boleh dilakukan untuk merawatnya dan ia tidak kelihatan baik”.
Summers masih tidak sedarkan diri dan doktor mendiagnosisnya mengalami keracunan air atau hipornatremia.
Keadaan ini berlaku apabila seseorang meneguk jumlah air yang berlebihan dalam saluran sempit, yang mengatasi keupayaan sistem organ kompleks badan terutama buah pinggang bagi mengawal keseimbangan cecair.
Matlamat utama untuk mencapai keseimbangan antara air dan elektrolit seperti natrium, kalium dan klorida yang memastikan fungsi sel yang betul.
Natrium amat penting untuk keupayaan mengekalkan komunikasi antara sel melalui impuls elektrik.
Dalam masa sama, natrium juga membantu penyerapan nutrien dalam sistem pencernaan dan buah pinggang, yang menyesuaikan jumlah air serta elektrolit kemudian diserap semula ke dalam aliran darah atau dikumuhkan melalui air kencing.- Agensi
Sumber : BH
ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA
16 Khasiat Ajaib Minum Air Rendaman Kacang Bendi Setiap Hari. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Ramai antara kita tidak tahu kacang bendi merupakan sayuran semula jadi yang banyak khasiat. Malah, sayur ini mampu merawat kencing manis dan dapat mengekalkan keremajaan kerana ianya mengandungi antioksidan.
Kita sering melihat kacang bendi ini dimasukkan dalam masakan gulai dan kari, ini bertujuan untuk memekatkan kuah dan memberi khasiat dalam masakan.
Pengguna Facebook, Mayee Nazrich berkongsi khasiat kacang bendi setelah melihat seorang datuk berusia 86 tahun masih kuat dan cergas mengerjakan hasil tanaman. Ini rahsianya yang perlu anda tahu dan cuba untuk kekal sihat dan cergas.
Atuk 86 tahun tapi masih kuat
Balik kampung hari tu sembang dengan kawan atuk, umur dah 86 tahun tapi masih kuat lagi, bela lembu kambing, tanam nenas dan cili 5 ekar..
Tiada penyakit seperti adik beradik dia yang lain, tekanan darah ok, gula dalam darah ok, kencing manis xde, kolestrol rendah
Bila aku tanya apa rahsia dia…
Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia msk umur 30thn
Aku pn dh msk 4 series ni, cuba la buat..arini dh lal ari ke tiga.. InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila2.
Mudah je caranya
Caranya mudah dan murah sj :
1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer
2. Potong halus (basuh dulu ya)
3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi td keluar (x perlu rebus)
4. Minum mcm biasa, air x rasa apa2 pun
5. Bila air dah abis, rendam skali lg (boleh buat sampai 2-3x, sampai likat lendir dia abis)
6. Bendi td tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dlm kari…x membazir 😬
Selamat mencuba.
Juga dapat melembutkan kulit
✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
✔Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
✔Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
✔Mencuci hati.
Mengurangkan kekejangan sendi
✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
✔Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
✔Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
✔Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
✔Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang Banyak khasiat dan kelebihan pada kacang bendi ini dan tidak ramai antara kita yang tahu terdapat 16 keistimewaan kacang bendi. Anda hanya memerlukan 2 batang bendi dihiris kecil dan direndam dalam air putih. Amalkan dalam masa 2 minggu untuk melihat kesan yang menakjubkan. Selamat mencuba.
Credit: Mayee Nazrich