Polis meminta pemilik kenderaan atau saksi kejadian kemalangan dua kenderaan yang mengakibatkan seorang kanak-kanak tercampak ke atas jalan di Seri Petaling di sini, untuk tampil membuat laporan.
Satu rakaman video papan pemuka kenderaan tular di media sosial yang menunjukkan kejadian kemalangan itu.
Rakaman berdurasi 22 saat itu menampakkan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak bergesel dengan sebuah kereta ketika melalui selekoh.
Akibat kemalangan itu, kanak-kanak terbabit tercampak manakala penunggang motosikal terbabas dan merempuh penghadang jalan sebelum terjatuh.
Bagaimanapun, keadaan kedua-dua mangsa tidak dapat dipastikan.
Sementara itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam kenyataan di Facebook memaklumkan sedang mengesan pemilik kenderaan iaitu kereta dan motosikal yang terbabit kemalangan yang video kejadian tular di media sosial.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Balai Trafik Jalan Bandar di talian 03-2071999 atau mana-mana balai polis terdekat,” kata kenyataan itu.
Selain itu, pemilik rakaman juga diminta tampil memberi maklumat.
Seorang penunggang motosikal dan kanak-kanak yang membonceng mengalami saat saat mendebarkan apabila motosikal yang ditunggang lelaki terbabit dipercayai hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta di Sri Petaling hari ini.
Video Awam pic.twitter.com/1NLWnborS4
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) January 18, 2023
Sumber: Harian Metro