Lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang, di sini semalam disahkan berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan, mangsa yang menghidap demam denggi datang ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan sebelum diserang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berhubung kejadian itu, pihaknya akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) berhubung pesakit mental di wad kecemasan dan klinik.

“Sebelum tular maklumat yang salah, saya ingin memaklumkan bahawa kejadian lelaki ditikam (semalam) membabitkan pesakit mental yang dibawa ke hospital oleh polis.

“Ia boleh terjadi di mana-mana sahaja, jadi kita akan mengkaji semula SOP berhubung pesakit mental bagi menjamin keselamatan pesakit lain di wad kecemasan dan klinik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, mangsa yang cedera akibat tikaman itu berjaya diselamatkan pasukan perubatan dan dalam keadaan stabil.

Sumber : Harian Metro

 

ARTIKEL LAIN YANG MENARIK UNTUK DIBACA

Tidak Benarkan Adik Pulang Ke Pakistan, Abang M4ut Ditikam Adik Sendiri

Tindakan seorang lelaki Pakistan menyembunyikan tiket penerbangan bagi menghalang adiknya pulang ke negara asal berakhir tragedi apabila dia maut dipukul dan ditikam adiknya dalam kejadian di Taman Desa Meranti di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 9.57 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mukhtiar, 39, mengalami kecederaan akibat ditikam di paha selain kesan lebam pada badan.

Dia yang tidak sedarkan diri kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 10.37 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku selepas berlaku pertengkaran antara mangsa dengan adiknya berusia 34 tahun.

“Dua beradik itu bertengkar selepas Mukhtiar melarang adiknya pulang ke Pakistan untuk bertemu keluarga selain menyembunyikan tiket penerbangan.

“Suspek yang berang bertindak di luar kawalan dengan memukul dan menikam abangnya sehingga parah,” katanya di sini hari ini.

Share.

Leave A Reply