Seorang Lelaki T!kam Anak Perempuannya Sebanyak 24x Hingga M@ti. | GRESIK: Seorang lelaki didakwa membunuh anak perempuannya yang berusia sembilan tahun dengan menikamnya sebanyak 24 kali di beberapa bahagian badan sehingga satu daripadanya menembusi jantung.

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Muhammad Qodad Affaul atau Afan itu menikam anaknya ketika kanak-kanak perempuan itu nyenyak tidur di rumah mereka di Menganti, Gresik, Jawa Timur.

Ketua Polis Gresik, Aldhino Prima irdhan berkata, suspek dipercayai dalam tekanan kerana isterinya meninggalkan mereka anak-beranak, selain lelaki itu berusaha menyelamatkan rumah tangganya.

“Suspek berasa kecewa dengan rumah tangganya yang goyah, dia berasa seperti tiada harapan untuk berbaik dengan isterinya, lalu tekad membunuh anak perempuan mereka.

“Afan juga memberikan alasan, anak perempuannya akan terus masuk ke syurga kerana tiada dosa, dan disebabkan itu, dia membunuhnya,” katanya seperti yang dilapor Tribunnews.

Selain itu, polis memaklumkan, Afan dalam keadaan waras ketika membunuh anaknya.

Jelas Aldhino, ketika disoal siasat, riak wajah suspek langsung tidak menunjukkan dia menyesali perbuatannya, sealiknya asyik mengulangi bahawa anak perempuannya akan masuk ke syurga.

“Anak saya tidak bersalah, dia akan terus masuk syurga, tetapi ibunya penuh dosa dan dia tidak akan masuk syurga,” ujar suspek.

Sebelum ditahan, Afan pernah dipenjara selama tiga tahun setengah berikutan disabit kesalahan menggunakan dadah pada 2016.

Ketika kejadian, polis mengesahkan lelaki itu tidak menggunakan dadah.

SUmber : UM

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

 

Seorang Imam Ditikam Ketika Sujud Waktu Solat Subuh

Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan selepas bertindak menikam seorang imam di Masjid Omar, Paterson di New Jersey pada Ahad, lapor CNN.

imam ditikam ketika sujud

Menurut jurucakap masjid Abdul Hamdan kepada CNN, imam Sayed Elnakib telah ditikam sewaktu rakaat pertama solat Subuh kira-kira pada jam 5.30 pagi waktu tempatan.

Tambahnya, suspek melakukan tindakan itu sewaktu jemaah sedang dalam keadaan sujud.

Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan para jemaah memenuhi lima saf hadapan masjid itu. Sewaktu sujud, lelaki tersebut yang berada di saf ketiga bergerak ke hadapan sebelum menikam imam terbabit.

Susulan itu, suspek cuba bertindak meloloskan diri dari orang ramai ke pintu belakang masjid namun berjaya diberkas.

Lelaki terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Pemprosesan Kehakiman Pusat pada jam 1:30 tengah hari waktu tempatan pada Isnin.

Suspek bakal berdepan pertuduhan cubaan membunuh dengan memiliki senjata yang menyalahi undang-undang dengan hukuman penjara maksimum sekitar 26 tahun.

Penolong Kanan Pendakwa Raya dari Pejabat Pendakwa Raya Passaic County, Bulent Can berkata, motif kejadian masih lagi dalam siasatan.

Lelaki Kurang Siuman Serang Imam

Dua minggu lalu, kejadian hampir serupa berlaku di Malaysia apabila seorang lelaki kurang siuman secara tiba-tiba cuba menyerang imam di Masjid Negeri Sultan Ahmad, lapor Sinar Harian.

Kejadian itu berlaku sewaktu imam itu menunaikan solat Subuh pada Program Khatam Subuh 2.0 di masjid.

Menerusi klip berdurasi 30 saat itu memaparkan suspek berusia lingkungan 40-an yang memakai baju Melayu berwarna ungu dan berkain pelikat menerpa ke arah jemaah sebelum dipercayai memukul imam itu dengan sepasang selipar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, suspek telah ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Video tersebut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Sumber : Siakap Keli

Share.

Leave A Reply