Tular satu rakaman video memaparkan seorang pelanggan hanya menyedari kehadiran ulat pada ayam goreng yang dijamahnya selepas habis sepinggan nasi.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kedai mamak di Kuantan, Pahang.
Menerusi perkongsian Fendi Shizu di laman Facebook, dia meluahkan rasa kesal akan penemuan ulat tersebut.
Bagaimanapun, dia juga melahirkan rasa lega kerana ayam goreng tersebut tidak dimakan oleh anaknya.
Jelas Fendi, dia telah memaklumkan penemuan ulat tersebut kepada seorang tukang masak bagaimanapun, pekerja tersebut tidak memberikan kerjasama serta tidak mengambil endah akan perkara tersebut.
“Bukan nk buka aib tpi utk ingatan semua berkaitan kedai “mamak”…Nasib baik anak aku x makan.
“Jarang aku nk post perkara mcm ni sejak beberapa tahun ni.Dan kalu tengok video ni.Dah cukup sabar dan baik aku berckp.Tapi langsung x beri kerjasama.buat “Dono je,” ujarnya pada hantaran yang dimuat naik ke Facebook semalam.
Menerusi video yang dikongsikan Fendi, dapat dilihat pekerja kedai tidak mengendahkan makluman tersebut dan kembali tebar roti canai.
Video tersebut juga telah ditonton lebih 60,000 kali.
Menurut Fendi lagi, dia akan membuat laporan di pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tindakan lanjut.
Sumber : UtusanTV
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Vendor Mengaku Jual Semula Karipap Berkulat Yang Tak Laku Di Bazaar
Tindakan vendor yang meletakkan karipap yang dikitar semula menyebabkan makanan tersebut rosak dan berkulat.
Sebelum ini pada Khamis, tular inti karipap yang berkulat yang dibeli seorang wanita di sebuah bazar di sini mengundang kemarahan pengguna.
Emma Razali, 28 memuat naik status di laman sosial Facebook di Warga Kuantan Official pada Ahad selepas pertemuan diadakan bersama dirinya, peniaga, vendor dengan kehadiran pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.
“Akhirnya kami telah mengetahui punca karipap kulat tersebut. Peniaga bazar hanyalah sebagai orang tengah yang mengambil sedikit komisen bagi menjual kuih-muih dari vendor.
“Vendor telah mengakui silapnya di mana karipap itu sememangnya karipap hari sebelumnya (Rabu) yang telah dikitar semula untuk dijual semula pada Khamis.
Emma juga menjelaskan kronologi kejadian dalam status tersebut iaitu pada Rabu, enam bekas karipap yang diletakkan oleh vendor itu tidak habis dan peniaga terbabit telah memaklumkan kepada vendor dan bertanya sama ada ingin mengambil semula atau tidak.
“Pihak vendor meminta peniaga simpan dalam peti ais, tetapi peniaga memberitahu peti aisnya tidak muat dan bertanya bolehkah karipap diletakkan di luar (suhu bilik).
“Kerana faktor rumah yang jauh dan peniaga memberitahu sudah lewat malam, vendor bersetuju sahaja karipapnya diletakkan di suhu bilik sehingga keesokan harinya.
“Dan sesiapa ada terbeli karipap yang sama di bazar tersebut pun akan berhati-hati jika dia juga mengalami keracunan makanan.
“Alhamdulillah ibu saya tidak mengalami sakit perut atau simptom-simptom keracunan makanan tetapi kakak saya mengalami cirit-birit dua kali pada pagi hari Jumaat,” jelas Emma.
Tambah Emma, dia juga telah membuat aduan di saluran yang betul terhadap KKM dan pihak berkuasa juga telah melakukan pemeriksaan ke gerai bazar tersebut pada Jumaat selain menyerahkan kesemua karipap berkulat untuk dihantar ke makmal.
Ujar wanita itu, KKM juga telah bertindak memeriksa tempat pembuatan karipap iaitu rumah vendor terbabit di hari yang sama.
“Pihak KKM juga turut memberitahu makanan yang dijual sepatutnya tidak boleh melebihi empat jam dari waktu pembuatan.
“Tujuan saya membuat status ini bukan untuk popular, meraih tanda suka dan simpati, bukan untuk content dan bukan nak fitnah mana-mana pihak.
“Segala saya ceritakan adalah hal yang benar dari pihak saya sendiri, tiada tokok tambah. Sebarang komen adalah tanggungjawab sendiri.
“Semoga kita semua boleh mengambil iktibar dari kejadian ini. Jagalah kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan. Tidak mengapa rugi sedikit asalkan rezeki berkat terutama di bulan mulia ini,” ujar Emma.
Sumber : SH