Seorang Pejalan Kaki Meninggal Dunia Selepas Kena Langgar Lari | PADAWAN – Seorang pejalan kaki meninggal dunia selepas dipercayai dilanggar lari di Batu 9, Jalan Matang di sini.
Mangsa Dalam Perjalanan Pulang
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7 semalam, dan ia dipercayai berlaku apabila lelaki berusia 29 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja menghala ke Batu 10, Jalan Matang.
“Semasa dalam perjalanan dengan berjalan kaki, dia telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Cari Saksi Kejadian
Sehubungan itu, kata Abang Zainal, pihaknya meminta agar saksi kejadian atau orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu untuk tampil bagi membantu siasatan.
Tambahnya, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Padawan Inspektor Muhammad Azim di talian 011-36172665.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
(VIDEO) Wanita Tercampak Berguling Keluar Kereta Slps Dilanggar Lari
(VIDEO) Wanita Tercampak Berguling Keluar Kereta Slps Dilanggar Lari | SATU kemalangan ngeri dilaporkan berlaku di jalan Yawata, Kamunting, Perak apabila seorang wanita dilihat tercampak keluar dari kenderaannya dan berlaku langgar lari pada Jumaat.
Gagal mengelak dari pelanggaran
Insiden itu tercetus apabila kenderaan mangsa dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lagi kereta yang memandu laju di kawasan berkenaan.
Gagal mengelak daripada pelanggaran tersebut, wanita terbabit yang merupakan penumpang di bahagian hadapan terpelanting lalu berguling ke bahu jalan selepas keretanya hilang kawalan.
Meraih lebih 30,000 jumlah tontonan di Facebook, rakaman tular itu hangat diperkatakan warganet.
View this post on Instagram
Pelaku dikejar penunggang Foodpanda hingga dapat
Mengulas lanjut berhubung kemalangan tersebut, suami si mangsa kemudiannya menjelaskan situasi sebenar di ruangan komen.
Jelasnya, si pelaku yang melarikan diri selepas pelanggaran terbabit, kemudiannya dikejar beberapa penunggang e-hailing yang berada di tempat kejadian.
“Saya yang kena langgar dalam video itu, kereta merah langgar kami dari arah belakang dan melarikan diri.
“Alhamdulillah penunggang Foodpanda kejar dan dapat tahan dia, isteri saya yang tercampak tak ada apa-apa yang teruk, semuanya selamat,” ujarnya.
Cubaan si pelaku meloloskan diri juga menemui jalan buntu apabila berjaya ditahan dan diserahkan ke pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Namun, sehingga kini masih belum ada kenyataan polis berhubung insiden terbabit dan orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu berkenaan.
BACA JUGA :
Lelaki Pekerja Kilang M4ut Digilis Dlm Kemalangan Langgar Lari
Lelaki Pekerja Kilang M4ut Digilis Dlm Kemalangan Langgar Lari | BALING – Seorang pekerja kilang maut selepas digilis sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti dalam kemalangan di Jambatan Sungai Limau, Kupang di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Muhammad Fauzi Abdullah, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada muka dan kepala.
Kemalangan dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Lalang, Siong di sini ke tempat kerjanya iaitu sebuah kilang di Kulim, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dikatakan melanggar bahagian belakang motosikal jenis Honda EX5 ditunggangi seorang lelaki berusia 62 tahun.
“Perlanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal Yamaha Y15ZR terjatuh di tengah jalan sebelum bahagian kepala mangsa digilis sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti berdasarkan kesan tayar pada topi keledar.
“Seorang lagi penunggang motosikal terjatuh di bahu jalan arah Baling dan mengalami luka pada lengan kanan dan tapak tangan sebelah kiri,” katanya di sini hari ini.
Kata beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
“Kita sedang mengesan kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut serta saksi bebas di tempat kejadian dengan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.
Sumber: KMN