Suami Simpan Nama Skandal ‘Wan Aircond Man’, Elak Kantoi Dgn Isteri | Tindakan seorang suami yang berlaku curang apabila menjalinkan hubungan dengan wanita lain terbongkar setelah isterinya membaca perbualan mereka di ruangan mesej di aplikasi WhatsApps.
Kantoi ada perempuan lain
Memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada perkongsian dibuat seorang wanita di Facebook Cinta Suami Isteri, dia memaklumkan yang suaminya turut menukar nama skandal tersayang dengan nama ‘Wan Aircond Man’ bagi mengaburi mata isteri.
Menerusi luahan sang isteri, dia tidak sangka yang suaminya menyimpan perempuan lain sedangkan sebelum ini dia hanya membaca kisah kecurangan dalam rumah tangga menerusi media sosial.
Siap beli kondominum lagi
Kegiatan suaminya terbongkar setelah mereka pulang dari Kalimantan apabila dia mulai ragu melihat senarai nama individu yang dihubungi suaminya.
Selain mesej-mesej mesra mereka, paling mengejutkan sudah tentu tindakan lelaki itu yang membelikan satu unit kondominium untuk kekasih gelapnya.
Diakhir pendedahan yang dibuat, wanita tanpa mendedahkan identiti itu mengatakan yang sekarang barulah dia faham mengapa ada isteri mengadu suami kerap berada di parking kereta apabila sampai di rumah. Rupanya mahu menghantar laporan kepada kekasih hati bahawa sudah sampai dan jangan hubunginya lagi.
Menjengah ke posting yang dibuat wanita itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya supanya bersabar dan cuba mengambil tindakan agar kedua-dua mereka sedar bahawa mereka sedang melakukan kesilapan.
Apa-apa pun, isu rumah tangga sememangnya bukanlah satu bahan guruan. Walaupun sekadar konten untuk memberi pengajaran, namun ia juga memberi perspektif buruk dalam perkahwinan.
Ia mungkin boleh mengakibatkan sesetengah pihak memilih untuk tidak menjalinkan hubungan dan menganggap perkahwinan sebagai satu perkara yang menakutkan.
Sumber: OMM
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Skandal Ibu Tunggal Dan Suami Orang Berakhir Tragedi | Mayat ibu tunggal berusia 33 tahun di Jepun ditemukan dalam keadaan anggota badannya dikerat di rumah seorang lelaki yang sudah berkahwin dan didakwa menjalin hubungan sulit dengannya.
The Straits Times melaporkan, anggota badan Ayumi Ito, ditemukan di balkoni rumah suspek di wilayah Shizuoka di pantai selatan Jepun, serta di dalam keretanya.
Polis kemudian menahan suspek, Yuki Tsuchiya, 31, pada 23 Februari lalu, lapor Fuji News Network.
Jenayah itu dipercayai dilakukan pada 21 Februari lalu.
Hasil soal siasat mendapati Tsuchiya mengaku dia yang mencincang mayat Ito di rumahnya.
Portal NHK, memetik sumber yang tidak dinamakan, melaporkan pada Isnin, Tsuchiya memberitahu penyiasat dia memukul kepala Ito dengan objek tumpul di dalam keretanya, dan menggunakan tali untuk menjerut leher mangsa.
Jiran dilaporkan mendengar bunyi yang mencurigakan datang dari rumah lelaki itu di Numazu, sebuah bandar di Shizuoka, tempat tinggal suspek bersama isteri dua anak kecil dan bapanya yang sudah berusia.
Seorang jiran dalam lingkungan 60 tahun memberitahu NHK bahawa dia mendengar bunyi ‘ketukan’ pada malam 20 atau 21 Februari lalu.
Ito tinggal di Iwata, kira-kira 130 kilometer (km) jaraknya dari Numazu, atau dua jam tempoh memandu.
Keretanya ditemukan di tempat letak kereta kira-kira 280 meter dari rumah suspek.
Ito dipercayai bertemu dengan Tsuchiya pada tahun lalu ketika mereka menjadi ahli jawatankuasa yang menyumbang kepada pembangunan wilayah Shizuoka.
Menurut tangkap layar halaman LinkedInnya yang sudah dipadam, Tsuchiya bekerja sebagai penasihat di sebuah syarikat insurans, sejak 2020.
Kes pembunuhan di Jepun itu selepas dunia digemparkan dengan berita kematian tragis sosialit, model dan pempengaruh Hong Kong, Abby Choi, 28, yang mayat ditemukan tanpa kepala, Jumaat lalu.
Sumber: Harian Metro