Tujuh Sekeluarga Cemas Kerana Rumah Tenggelam Semasa Air Laut Pasang | BELURAN – Tujuh sekeluarga berjaya diselamatkan selepas rumah didiami tenggelam dalam kejadian di perkampungan atas air di Kampung Kulapis Paris, pada petang Ahad.

rumah tenggelam

Air Laut Pasang

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, kesemua mereka diselamatkan oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Kulapis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Edoen Macheal berkata, seramai 10 anggotanya dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 12 kilometer dari balai.

Rumah Ditiup Angin Kencang

“Sebuah rumah jenis tidak kekal dilaporkan telah ditiup angin kencang dan menyebabkan rumah mereka tenggelam ketika air laut pasang.

“Terdapat tujuh sekeluarga berada di rumah tersebut dan mereka telah dikeluarkan oleh anggota PBS serta ditempatkan ke tempat selamat sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, pasukan bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain berlaku di lokasi kejadian.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.29 petang,” katanya.

Sumber : SH

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

2 Anggota TUDM Maut Dlm Insiden Letupan Bom Lempar Ketika Sesi Latihan

2 Anggota TUDM Maut Dlm Insiden Letupan Bom Lempar Ketika Sesi Latihan | TAMPIN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan seorang jurulatih yang terbabit dalam insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin di sini meninggal dunia pada Ahad.

Markas Tentera Udara dalam kenyataannya berkata, Allahyarham Koperal Udara Syuib Bidin, 33, yang merupakan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan meninggal dunia jam 5.45 petang ketika menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor.

Seorang lagi jurulatih masih parah

Seorang lagi jurulatih yang dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kejadian tersebut iaitu Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, kini masih menerima rawatan di hospital sama dan dalam pemantauan rapi serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu anggota yang dilaporkan meninggal dunia di lokasi pada jam 12.10 tengah hari sebelum ini ialah Allahyarham Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22, berasal dari Lenggeng.

Beliau merupakan penuntut bagi Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 di INSTAR,” katanya.

Urusan pengebumian akan disempurnakan sebaiknya

Menurut kenyataan itu, waris anggota yang terlibat telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan semua urusan kebajikan keluarga mangsa-mangsa yang terlibat diutamakan serta urusan pengebumian disempurnakan dengan sebaik-baiknya.

“Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan TUDM serta pucuk pimpinan tertinggi TUDM menzahirkan rasa dukacita atas kejadian yang berlaku dan merakamkan salam takziah kepada waris anggota yang meninggal dunia yang juga merupakan kehilangan besar kepada TUDM.

“Didoakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Selain itu, diharapkan urusan rawatan kepada anggota yang cedera dipermudahkan, dilaksanakan dengan segera serta dikurniakan dengan kesembuhan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya pihak TUDM meminta semua pihak tidak menyebarkan sebarang spekulasi dan berita tidak sahih sehingga proses siasatan dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

TUDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sumber: Sinar Harian

 

 

BACA JUGA :

Mayat Lelaki Ditemui Dlm Keadaan Diikat Dalam Rumah Sedang Diubah Suai

Mayat Lelaki Ditemui Dlm Keadaan Diikat Dalam Rumah Sedang Diubah Suai | TUMPAT – Mayat seorang lelaki sudah dihurung lalat dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat dijumpai di dalam sebuah rumah yang sedang diubah suai di Taman Kota Kubang Labu, Pasir Pekan, di sini petang kelmarin.

mayat lelaki

Bau Busuk Seperti Bangkai

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditemui oleh dua pekerja warga asing semasa mereka menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah tersebut.

Pemilik kediaman itu, Ho Wei Jiat, 34, berkata, dia datang ke rumahnya itu kira-kira pukul 2.30 petang untuk melihat perkembangan kerja-kerja ubah suai di situ.

Menurutnya, semasa tiba di rumah berkenaan, dia terhidu bau busuk sebelum mengesyaki ada bangkai kucing atau anjing di kawasan tersebut.

“Saya meminta salah seorang pekerja meninjau di dalam sebuah bilik yang dijadikan stor apabila melihat kasut mangsa yang merupakan pekerja sambilan untuk membantu kerja-kerja ubah suai rumah.

Kedua-Dua Kaki Dan Tangan Diikat

“Kami terkejut apabila melihat mayat mangsa yang diikat kedua-dua belah tangan dan kakinya selain banyak lalat menghurung badannya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, sebentar tadi.

Tambahnya selain itu, dia juga melihat banyak kesan darah di dalam bilik tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu.

Menurutnya, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tumpat, di sini untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply