Seorang Warga Emas Tiba-Tiba Rebah Dalam Restoran. | KOTA KINABALU: Suasana di sebuah restoran menjadi cemas seketika apabila seorang pelanggan warga emas tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di pusat komersil Plaza 333, di Penampang pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10.50 pagi itu, lelaki berusia 67 tahun yang berbangsa Cina berkenaan didapati rebah lalu tidak sedarkan diri di restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Beliau berkata, siasatan awal dan keterangan daripada anak mangsa yang berada di lokasi memaklumkan mangsa pernah menjalani rawatan sebagai pesakit jantung.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan saringan Covid-19.

Justeru, beliau menasihatkan orang awam agar tidak menularkan gambar mangsa di tempat kejadian bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply