Serangan Bom Tepi Jalan Bunuh 13 Anggota Tentera Di Damsyik, Syria | Sekurang-kurangnya dilaporkan 13 anggota tentera Syria terbunuh dalam satu serangan bom di tepi jalan, ketika bas mereka melintasi jambatan di pusat Damsyik pada waktu awal pagi hari Rabu, menurut media tempatan, baru-baru ini.

Serangan Bom Tepi Jalan Bunuh 13 Anggota Tentera Di Damsyik, Syria

Menerusi laporan Reuters, dikatakan bahawa stesen tv Kerajaan Syria telahpun menyiarakan beberapa gambar yang diperoleh menerusi akaun telegram berkenaan gambar dari kabin bas yang hangus, dan pekerja penyelamat dapat dilihat mengeluarkan bahagian badannya. Saluran itu melaporkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan tiga cedera.

Difahamkan, dua alat letupan meletus ketika bas berada di jambatan Hafez al-Assad dan diikuti dengan tambahan dari alat ketiga yang berjaya dilucutkan oleh unit kejuruteraan tentera dalam apa yang dikatakan pegawai sebagai letupan “pengganas”.

Serangan Bom Tepi Jalan Bunuh 13 Anggota Tentera Di Damsyik, Syria

Serangan Bom Tepi Jalan Bunuh 13 Anggota Tentera Di Damsyik, Syria

Terdahulu, tahun ini terdapat beberapa serangan terhadap kenderaan tentera di Syria timur oleh suspek militan Negara Islam yang masih beroperasi di kawasan padang pasir yang luas.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turt mengatakan sekurang-kurangnya 350,000 orang terbunuh dalam perang saudara yang bermula sedekad yang lalu.

Serangan Bom Tepi Jalan Bunuh 13 Anggota Tentera Di Damsyik, Syria

Letupan di Damsyik jarang terjadi sejak pasukan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad menguasai wilayah pemberontak di sekitar kota. Mereka dibantu oleh kehadiran tentera Rusia dan militan Syiah Iran, dimana Assad kini menguasai sebahagian besar negara itu.

Sumber: Reuters

Share.

Leave A Reply