Serangan Terhadap Warga Palestin, Iran Gesa PBB Kutuk Tindakan Israel | Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) kini menjadi tumpuan selepas berlaku serangan terhadap rakyat Palestin oleh askar-askar Zionis baru-baru ini di Masjid Al-Aqsa di wilayah timur Baitulmaqdis sesudah selesai menunaikan Terawikh, baru-baru ini.

Serangan Terhadap Warga Palestin, Iran Gesa PBB Kutuk Tindakan Israel

Iran yang dilihat proaktif terhadap insiden tersebut telah meminta PBB untuk mengutuk serangan yang berlaku yang disifatkan sebagai rejim jenayah perang. Turut dilaporkan lebih 200 cedera dalam pertempuran melibatkan penduduk Palestin serta tentera Israel di tempat ketiga paling suci bagi umat Islam selain tanah haram.

Menurut jurucakap Kementerian Luar, Saeed Khatibzadeh dalam satu kenyataan, Iran mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera zionis terhadap umat Islam di Palestin dan ia membuktikan bahawa Israel telah menceroboh tanah orang lain.

Ketegangan di antara penduduk Palestin dan tentera zionis semakin memuncak kebelakangan ini selepas Israel mengeluarkan arahan bagi melarang akses kepada penduduk Palestin untuk ke beberapa bahagian di Kota Lama dimana terletaknya Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadhan.

PBB didakwa turut mengeluarkan kenyataan untuk meminta Israel menghentikan pengusiran secara paksa di wilayah timur Baitulmaqdis yang diduduki serta menyifatkannya sebagai jenayah perang.

Menurut Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, beliau turut menyuarakan pendapat dengan melabel Israel sebagai bukan sebuah negara malah menggelarkan ia sebagai pengkalan pengganas.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply