Sudah menjadi adat dalam berumah tangga, pasti akan ada momen di mana suami isteri akan bergaduh akibat kurang persefahaman.
Malah, ada yang bertindak di luar kawalan sehingga sanggup mencederakan pasangan masing-masing serta mencetuskan trauma dalam diri seseorang.
Seorang wanita yang berasal dari Indonesia telah berkongsi kisah mengenai sikap buruk suaminya.
Menerusi sorotan nanaorlin10 di TikTok, suaminya sering menggunakan kekerasan setiap kali berlaku pergaduhan.
Dalam pertengkaran terbaharu, suaminya telah bertindak kejam dengan membuang beras ke dalam lubang tandas.
Jelasnya, dia sengaja berbuat demikian supaya isteri dan anaknya tidak dapat menjamu selera.
Wanita itu meluahkan rasa sebak apabila suaminya turut merosakkan barang mainan milik anaknya.
Tidak dipastikan apakah barang itu, tetapi wanita itu terlihat sangat terkilan sambil mengusap manja anaknya.
Lebih mengharukan, wanita itu sempat berjanji untuk membelikan mainan yang baharu untuk anaknya apabila dia mendapat kerja kelak.
Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 7 juta tontonan.
Rata-rata netizen di ruangan komen meluahkan rasa simpati akan nasib yang menimpa wanita itu.
Malah, mereka turut mengecam tindakan lelaki itu yang sengaja melakukan pembaziran makanan.
Sumber: Kisah Dunia