Skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2023. Kriteria dan Cara Mohon | Skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwujudkan bagi tujuan memastikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia mendapat pembelaan untuk meneruskan kehidupan yang kondusif.
Sumber: Malaysia Semasa
Menyedari bahawa kanak-kanak adalah masa depan negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM dengan usaha keras supaya tiada kanak-kanak, terutama dari kalangan kurang bernasib baik ataupun anak yatim yang ketinggalan untuk miliki hidup yang normal dalam keluarga mereka sendiri.
Selain itu, di bawah ini juga ada banyak info menarik yang dapat anda ketahui dengan lebih lanjut.
BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
BKK ialah salah satu dari 11 jenis bantuan di bawah (JKM) yang bertujuan meringankan beban rakyat.
Dengan adanya bantuan JKM ini, ia di harap dapat bantu serta memperkukuh institusi keluarga yang turut memberi jagaan yang cukup seperti kasih sayang yang penuh kepada mereka.
Kepada ibu bapa yang ingin memohon bantuan ini, akan kami kongsi kepada anda info terkini dan cara untuk memohon bantuan kanak-kanak untuk capai angka RM1000. Sekiranya ibu atau bapa, penjaga yang ingin memohon bantuan ini, sila baca hal berikut dengan lebih teliti.
KADAR
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan seperti pecahan berikut :
i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
TUJUAN
- Membantu keluarga/ penjaga kepada anak atau anak yang tiada penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluargamereka dan meneruskan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan mereka mengikut peringkatnya.
- Membantu memperkukuhkan institusi keluarga dalam memberi jagaan yang baik kepada mereka seperti kasih sayang dan amanah.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak lebih dari Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; atau
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua pengarah Kebajikan Masyarakat.
Pelaksanaan bantuan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang telah maktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan skim ini dibuat di taraf Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang dibuat akan dibuat kajian supaya bantuan yang diberi ini layak kepada pemohon.
Urusan ini sesuai dengan prinsip penyampaian bantuan yang diberi kepada kelayakan dan bukan hak.
Antara dokumen penting yang perlu dibawa ke Pejabat Kebajikan Masyarakat ialah:
- Salinan Kad Pengenalan Diri Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Suami, Isteri, Ibu Bapa dan Anak Yang Tinggal Bersama
- Salinan Sijil Kelahiran Anak-Anak Atau Ahli Keluarga Yang Tinggal Bersama
- Salinan Penyata Gaji (Jika Ada)
- Lain-Lain Dokumen Yang Berkaitan
PERMOHONAN MANUAL
Untuk memudahkan urusan ini, pemohon diminta membawa dokumen penting semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian. Sebagai contoh, seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami, isteri atau ibu dan bapa bagi anak yang tinggal bersama.
Salinan sijil lahir anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan dokumen lain yang penting juga turut dibawa.
BORANG YANG BERKAITAN
1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Maklumat Lanjut
Untuk ketahui lebih lanjut, sila layari Laman Rasmi JKM atau Portal Manfaat Bajet 2023.
Sumber: Skim Kebajikan Masyarakat