13 Tempat Makan Malam Best di Ipoh, Perak | Ipoh ialah sebuah bandar yang terletak di daerah Kinta. Ia merupakan ibu negeri dan juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran Perak, Malaysia.  Ipoh juga merupakan salah satu bandaraya yang sedang pesat membangun dari segi kegiatan ekonominya. Kalau korang datang ke Ipoh, bolehlah cuba singgah tempat makan disini. Sedap….

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Ipoh, Perak yang boleh anda kunjungi.

 

1. GREENTOWN DIM SUM CAFE – MAKAN MALAM

Sebut Dim Sum sahaja, pasti kedai ini akan menjadi sebutan utama dalam kalangan penduduk disini. Greentown Dim Sum cafe merupakan salah satu restoran yang menghidangkan makanan cina halal dan juga lazat tau. Kalau korang datang kesini, korang wajib cuba Fried Prawn Dumpling dan Fried Radish Cake yang disyorkan oleh ramai orang. Pasti korang akan puas hati punya.  Disini bukan setakat Dim Sum je tau ada, banyak lagi makanan cina yang korang boleh cuba seperti Chee Cheong Fun BBQ Ayam.

Cafe ini terletak di No 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 8 pagi hingga 9 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-569 8876

 

2. IPOH HAINAN CHICKEN RICE – MAKAN MALAM

Korang teringin nak makan nasi ayam yang sedap pada waktu malam? Korang boleh cuba makan di Ipoh Hainan Chicken Rice. Dikatakan Nasi Ayam Hainan disini mempunyai rasa yang lebih asli dimana ayam panggangnya yang manis dan isinya sungguh juicy. Harganya juga cukup berpatutan, perkhidmatan yang baik dan suasana dalaman yang cantik. Korang pasti akan gembira menikmatinya.

Restoran ini terletak di 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak dan dibuka pada setiap hari, Isnin hingga Khamis pada 11 pagi hingga 10 malam dan Jumaat hingga Ahad pada 10 pagi hingga 10 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 05-254 5591

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/IPOHHainanCR/

3. KONDA KONDI CAFE – MAKAN MALAM

Kalau korang teringin makan makanan Western pada waktu malam, Konda Kondi Cafe adalah destinasinya. Disini terdapat pelbagai makanan yang korang boleh cuba antaranya, Nachos Mancho’s, Lamb Chop, Spaghetti Cabonara, Chicken Chop Grill dan banyak lagi. Harganya cukup berpatutan dan kualiti makanan yang ditawarkan cukup memuaskan. Suasana kafe ini amatlah sesuai bagi anda seisi keluarga dan rakan anda berkumpul.

Restoran ini terletak di 183, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak dan dibuka pada setiap hari pada 5 petang hingga 12 pagi. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 016-492 9660

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Kondakondicafe/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kondakondicafe/

 

4. MIKER FOOD – MAKAN MALAM

Restoran ini merupakan salah satu destinasi yang cukup popular dengan hidangan Western dan juga Local. Antara menu yang korang patut cuba ialah White Creamy Chicken Pizza, Tomyam, Sotong Sambal, Daging Sambal dan Siakap 3 rasa. Suasana disini juga cukup cantik. Pasti korang akan terpikat dan menikmati makan disini.

Kedai makan ini terletak di Lot 10 Riverwalk Kinta Riverfront, 30000 Ipoh, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 4 petang hingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-1030 0033

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/mikerfood/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/mikerfood/

 

5. RESTORAN MEE REBUS RAMLI @ TAMAN TASEK JAYA – MAKAN MALAM

Kalau korang craving mee rebus, korang kena cuba datang kesini. Restoran Mee Rebus Ramli ini merupakan salah satu destinasi yang popular dengan hidangannya, Mee Rebus. Mee Rebus disini bukan sahaja sedap dengan aroma klasik dan rasa aslinya tetapi harganya pun cukup murah tau. Rugi kalau korang tak singgah makan dekat sini.

Restoran ini terletak di 767, Jln. Kuala Kangsar, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak dan dibuka pada setiap hari pada 7 pagi hingga 10 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 017-323 0042

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/meerebusramlioriginal/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/meerebusramli/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Ipoh ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Ipoh, Perak. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply