STR Fasa 2 2024: Semakan Status & Jumlah Bayaran | Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 akan mula disalur secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu) yang akan memanfaatkan seramai 8.7 juta golongan B40. Pembayaran STR Fasa 2 juga melibatkan kewangan sekitar RM1.26 Bilion itu akan diagih ke akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.
STR Fasa 2 2024: Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) kini diberi nama lain iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagih kepada rakyat mulai April 2024.
Setakat ini, seramai 8.2 juta orang yang layak telah berdaftar untuk STR 2024.
Walau bagaimanapun angka ini dijangka naik ke hampir 9 juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini.
Berikut kami kongsi lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 2 untuk makluman semua.
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2
Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang disebut sebagai BSH, BKM, BPN, BPR.
Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri umumkan penamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024).
Kerajaan memberi bantuan tunai kepada golongan B40 dari program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah hingga RM3,100.
STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta rakyat dengan peruntukan yang dibuat hampir RM8 bilion.
Tarikh Bayaran STR Fasa 2
Tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah mulai April 2024 (Tarikh sebenar akan dikemas kini setelah diumum secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagih kepada rakyat sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini, iaitu pada awal bulan April – dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Bagi fasa yang akan datang, kerajaan membuat beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori miskin tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.
Terkini, LHDN turut memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada Penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan hingga 28 Februari.
Ini membawa maksud bahawa permohonan baharu dan kemas kini STR yang bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dibuat pada Fasa 3 kepada Penerima STR yang layak.
Jumlah Bayaran STR Fasa 2
Kadar bayaran STR Fasa 2 adalah seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2024 seperti yang berikut:
Kadar tambahan STR dibuat melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan belian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
Kaedah Pembayaran STR
- Kaedah Pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dibuat secara tunai jika:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Cara Semakan STR Fasa 2
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui langkah di bawah:
- Klik lok masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala info – info asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu guna kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang lama:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang berdaftar & klik “Seterusnya”.
- Semak jika kata kunci adalah betul, maka klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberi dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan terima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan hingga 3 kali), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1- 800- 88- 2747.
Orang awam dinasihatkan agar berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk info lanjut tentang program STR.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM