Suami Berang Isteri Curang Dengan Bapa Tiri. |  JAKARTA – Seorang lelaki di Serang, wilayah Banten memukul bapa tirinya menggunakan kayu sehingga mati selepas mengetahui mangsa menjalin hubungan terlarang dengan isteri pelaku lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Kayu

DAPAT TAHU ISTERI CURANG

Ketua Polis Serang, Komisioner Polis Tedy Heru Murtianto berkata, Saeful Rohman, 32, baru mendapat tahu mengenai kecurangan isteri dan bapa tirinya walaupun kedua-dua mereka sudah berlaku curang sejak empat tahun lalu.

“Setelah mengetahui kecurangan itu, mangsa telah diusir dari rumah oleh pelaku,” katanya.

Namun, Tedy berkata, selepas dua hari dihalau, mangsa, Pery Sundandar, 52, kembali ke rumah tersebut untuk mengambil telefon bimbit yang pernah diberikan kepada isteri suspek iaitu menantunya sendiri.

BERLAKU PERGELUTAN

Menurutnya, kedatangan mangsa membuatkan suspek kembali naik darah lalu kedua-dua mereka bertengkar sebelum berlakunya pergelutan.

“Suspek terus pergi ke belakang rumahnya untuk mengambil kayu. Dia kemudian memukul mangsa sehingga dia meninggal dunia.

“Polis telah menahan suspek,” kata Tedy. – AGENSI

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Budak 12 Tahun Sesak Nafas Diterajang Bapa Tiri Di Dada Slps Buang Angin Tayar | TANAH MERAH – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki yang membuang angin tayar dua buah kereta ibu bapanya membawa padah apabila dia sesak nafas selepas diterajang oleh bapa tirinya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Padang Siam di sini pada Ahad lalu.

Mangsa yang berusia 12 tahun ditendang pada bahagian dada kira-kira pukul 7 pagi semasa datang meminta maaf selepas me­ngaku membuang angin tayar dua buah kereta di kawasan rumah mereka.

Ibu mangsa, Nik Norlelawati Nik Ghazali, 45, berkata, anak lelakinya itu mengaku kepada suaminya yang berusia 38 tahun bahawa dia membuang angin kedua-dua buah kereta kira-kira pukul 9 malam pada Sabtu lalu.

Buang angin tayar kerana tak mahu ke sekolah

Menurutnya, anaknya itu bertindak sedemikian kerana tidak mahu ke sekolah kerana tidak boleh membawa gunting seperti yang diminta oleh guru.

“Dia beranggapan, sekiranya tayar kereta saya dan suami bocor, dia tidak perlu pergi ke sekolah pada hari itu. Dia kemudiannya rasa bersalah dan me­minta maaf pada suami atas ke­salahan tersebut pada waktu pagi sebelum ke sekolah.

“Suami saya berang dengan tindakan itu terus menendang bahagian dadanya sehingga dia terbaring dan menangis. Ketika itu, dia sudah mengadu mengalami sesak nafas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Nik Norlelawati memberitahu, bimbang dengan keadaan itu, dia terus membawa anaknya untuk rawatan di Hospital Tanah Merah di sini sebelum dibenarkan pulang selepas disahkan tidak mengalami kecederaan serius.

Suami lari selepas laporan polis

Menurutnya, dia juga sudah membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di sini kira-kira pukul 8.56 malam pada Ahad lalu.

“Selepas mendapat tahu saya membuat laporan polis, suami tidak pulang ke rumah sehingga hari ini. Saya ada mencarinya, namun dia gagal dikesan.

“Saya amat bersyukur apabila anak lelaki tidak mengalami kecederaan yang serius ekoran daripada kejadian tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Pihak polis masih mengesan suspek,” jelasnya setakat pukul 3 petang semalam.

Sumber: Kosmo

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

KEJAM! Seorang Kanak-Kanak Perempuan M@ut Slps Kepala Dihentak Bapa Tiri. | Allahu… Kejamnya manusia. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun meninggal dunia selpeas dihentak dengan benda tumpul oleh bapa tirinya. Selain itu, usus kanak-kanak tersebut pecah. Baca selanjutnya.

Kajang: Kanak-kanak perempuan maut akibat didera bapa tirinya di rumah mereka di sini, kelmarin. Mangsa berusia 11 tahun mengalami kecederaan di kepala akibat dihentak objek tumpul selain ususnya pecah.


GAMBAR SEKADAR HIASAN

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang selepas tidak sedarkan diri, 11.33 malam semalam.

Menurutnya, mangsa yang menaiki ambulans disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Hasil pemeriksaan bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah dipercayai daripada kesan hentakan benda tumpul pada bahagian kepala dan perut yang menyebabkan usus pecah.

“Selain itu terdapat juga kesan-kesan cedera lebam di bahagian punggung, buah dada dan lengan tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihak polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan bapa tiri mangsa berusia 53 tahun, 2.25 petang tadi.

Katanya, suspek ditahan di perkarangan Hospital Serdang.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mengaku ada memukul mangsa sebelum ini termasuk menggunakan baldi di dalam tandas akibat marah dengan mangsa yang sering membuat masalah di rumah ketika ketiadaan isterinya di rumah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh berhubung dengan polis termasuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Ray Erindra Raj di talian 019-6616640,” katanya.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply