Di Syria, seorang wanita telah merakam perbuatan suaminya yang sedang mencuci pinggan sebelum memuat naik video tersebut di laman TikTok.
Tindakan wanita itu mengundang padah apabila suaminya didakwa telah menceraikannya.
Memetik laporan media tempatan, rakaman video tersebut menggunakan background music yang memberi gambaran seolah-olah lelaki itu berada di bawah kawalan si isteri.
Difahamkan video tersebut dirakam ketika si suami sedang sedang sibuk membersihkan rumah dan berdiri di dapur sambil mencuci pinggan.
Wanita ini didakwa ‘meletakkan’ lagu berbentuk provokasi dalam video tersebut sehingga menyebabkan si suami berang sebelum bertindak menceraikannya selepas video tersebut tular.
Bercerita lebih lanjut, lagu bertajuk Mesaytara (saya dominan/ saya akan mengawal awak) dipercayai menjadi punca utama di sebalik penceraian pasangan ini.
Difahamkan, lagu tersebut bukan kali pertama membawa kepada penceraian.
Terdapat dua kes lagi yang berlaku di Iraq dan Jordan dipercayai daripada lagu yang sama.
Sumber: Oh Bulan