Seekor gorila berusia 16 tahun bernama Amare di Lincoln Park Zoo didapati ralit apabila pengunjung menunjukkannya skrin telefon mereka untuk berkongsi foto dan video.

Penjaga Zoo Risau Gorilla Tak Pandai Bergaul Sebab Kerap 'Didedahkan' Dengan Telefon

“Dia meluangkan lebih banyak masa di tempat kegemarannya, tampak seperti mahu berinteraksi dengan skrin dan kami nampak ada kelakuannya berubah,” terang Ross berkenaan gorila remaja itu yang suka duduk di tepi kaca.

Amare tinggal bersama 3 ekor lagi gorila sebaya dengannya. Namun, dia lebih memberi perhatian kepada pengunjung berbanding bergaul dengan rakan-rakannya.

Perkara ini telah memaksa pekerja meletakkan penghadang untuk menjarakkan pengunjung daripada kaca yang memisahkan mereka dengan tempat tinggal gorila-gorila ini.

Kakitangan zoo juga akan ‘campur tangan’ apabila Amare ‘terganggu’ dengan skrin.

Penjaga Zoo Risau Gorilla Tak Pandai Bergaul Sebab Kerap 'Didedahkan' Dengan Telefon

Jelas Stephen Ross, pengarah Pusat Kajian dan Pemuliharaan Beruk berkata ia mungkin telah menjadi satu kitaran — lebih tertarik Amare pada telefon mereka, lebih ramai orang mahu lakukannya,

Ini menjadi kekhuatiran pihak zoo kerana perkara ini boleh menganggu tumbesaran Amare yang sedang mendewasa. Antara perkara yang terkesan ialah dari segi pergaulannya.

Seusia remaja ini, penting bagi Amare untuk belajar berinteraksi dengan haiwan di sekelilingnya.

Penjaga Zoo Risau Gorilla Tak Pandai Bergaul Sebab Kerap 'Didedahkan' Dengan Telefon

Hal ini kerana minggu lalu, Amare tampak seolah-olah tidak peka apabila rakannya mahu ‘bergaduh’, satu aktiviti biasa dalam kalangan haiwan untuk menunjukkan siapa lebih berkuasa.

Masalah perhatian Amare ini dilaporkan melarat sejak beberapa bulan lalu. Jika isu ini berlarutan, ini boleh membuatkannya menjadi mangsa buli haiwan yang lain.

Antara bahan yang pengunjung pertontonkan padanya termasuklah gambar Amare sendiri, swafoto, haiwan peliharaan dan keluarga mereka.

Ross juga mengakui mereka mahu mengelak gorila-gorila lain daripada turut sama terjebak seperti Amare sekarang.

Antara punca Amare bergelumang dengan masalah ‘ketagihan’ adalah disebabkan tempat kegemarannya di sebelah kaca.

Kata Ross lagi, “Kalau kita semua boleh bersepakat untuk buat yang terbaik untuk haiwan, jadi kita boleh tahan diri daripada tatal gambar sejam dengannya.”

Ross juga meminta orang awam bekerjasama dengan penjaga demi kesejahteraan dan kematangan Amare dalam menjadi seekor gorila dewasa.

Sumber : Wiser.my

Share.

Leave A Reply