Wanita Curi Perhatian Selamba Pergi Kenduri Kahwin Pakai ‘Baju Kelawar’ | Seorang wanita di Tasikmalaya, Jawa Barat menjadi tular di media sosial apabila dengan selamba mengenakan ‘baju kelawar’ ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan, lapor laman Wolipop, hari ini.

Rakaman video itu dimuat naik oleh akaun Instagram @vidiowedding yang memaparkan wanita berkenaan naik ke pelamin dan bergambar dengan pasangan pengantin.

Keberanian wanita itu mengenakan pakaian biasa tanpa berdandan ke majlis perkahwinan telah membuatkan pengantin perempuan menghulurkan wang sagu hati sebagai tanda terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah di kenduri mereka.

Menurut pemilik video, Fikri Rizaldi, wanita itu ialah jiran kepada pasangan pengantin dan sudah lama mengenali mereka.

“Mungkin dia sibuk menguruskan hal di rumah dan terus ke majlis perkahwinan tanpa bersiap seperti tetamu lain.

“Namun yang penting, dia memenuhi jemputan dan itu yang membuatkan pengantin perempuan menghadiahkan wang sagu hati kepadanya,” ujar Fikri.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply